Belum masa dedah jantina bayi – Anzalna

Belum masa dedah jantina bayi – Anzalna
(GAMBAR ATAS) Dari kiri, Diyanah Zaki, Sharifah Anisah, Anzalna Nasir dan Radhiah Ahmad pada majlis pelancaran produk V Sensual Premium Intimate Wash di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur pada 4 Mac 2019.

Sepanjang tempoh hamil sehingga kini, Anzalna tidak pernah mengidam atau mengalami alahan seperti wanita hamil yang lain.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 
USIA kandungan pelakon Anzalna Nasir sudah mencecah enam bulan dan ramai yang ingin mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu.

Biarpun sudah melakukan ujian imbasan namun Anzalna belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi yang bakal dilahirkan pada bulan Jun nanti.

Jelas Anzalna, sepanjang tempoh hamil sehingga kini, dia tidak pernah mengidam atau mengalami alahan seperti wanita hamil yang lain.

“Masih terlalu awal untuk saya kongsi jantina bayi dengan orang luar. Baru enam bulan, tunggu masa yang sesuai saya beritahu.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak alami alahan teruk atau mengidam nak makan macam-macam. Suami (Hanif Zaki) juga tak kena tempias isterinya yang hamil ini.

“Sebaliknya ramai yang minta saya berkongsi tip tentang kehamilan terutama daripada mereka yang sukar untuk hamil. Saya tak kisah untuk berkongsi pengalaman kerana saya faham perasaan mereka yang mengharapkan ‘keajaiban’ itu,” katanya yang hamil selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Dek memahami situasi wanita yang sukar hamil, Anzalna mengambil langkah untuk tidak terlalu terbuka apabila bercerita tentang perasaannya sebagai wanita hamil.

Jelas Anzalna, dia tidak kisah untuk berkongsi pengalaman hamil tetapi tidak keterlaluan.

“Selepas menunggu lama dan kini diberikan rezeki oleh Allah sudah tentu saya dan suami gembira. Ini adalah pengalaman baharu bagi kami.

“Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sebab saya pun pertama kali hamil. Takut pula nanti orang kata macam saya seorang saja yang hamil,” katanya tersenyum.

Anzalna yang ditemui pada majlis pelancaran V Sensual Premium Intimate Wash keluaran DD Secrets Sdn. Bhd., hari ini (4 Mac) turut berkongsi pengalamannya menggunakan produk tersebut.

Produk yang mengambil masa lapan bulan untuk dipasarkan itu adalah pencuci bahagian intim buat wanita bagi memastikan kesegaran dan kebersihan bahagian alat sulit lebih terjamin.

Kata Anzalna, dia bukanlah seorang yang mudah terpengaruh dengan jualan produk di pasaran.

Bagaimanapun dia terbuka hati untuk menjadi pengguna produk keluaran kakak iparnya, Diyanah Zaki bersama rakan kongsi, Radhiah Ahmad.

“Saya jenis yang berhati-hati, kalau saya menggunakan produk sembarangan akan memberi kesan kepada diri. Sebenarnya sudah lama kakak ipar perkenal barangan ini tapi masa hamil lima bulan baru saya guna.

“Selepas mengguna produk penjagaan dan kebersihan bahagian intim wanita itu ternyata sesuai dengan diri. Saya lebih suka menjadi pengguna kerana dengan cara itu, saya dapat bercerta tentang pengalaman selepas menggunakan produk berkenaan,” katanya.

Tambahnya, V Sensual Premium Intimate Wash yang dijual dengan harga RM59 sebotol (100 mililiter) boleh diguna oleh wanita hamil juga.

Produk yang dihasil menggunakan herba hutan hujan tropika dan bahan semula jadi itu adalah resipi turun temurun daripada pengasas syarikat Nona Roguy, Datin Sharifah Anisah Tan Sri Datuk Prof. Syed Agil Barakbah.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.