Pahang, Kedah terus cabar JDT

0
26
(GAMBAR ATAS) PENYERANG Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva (kanan) cuba melepasi penjaga gol Kuala Lumpur, Mohd Sharbinee Allawe Ramli dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka, pada 3 Mac 2019. Melaka menewaskan Kuala Lumpur 2-0. – MUFApix

KEPUTUSAN LIGA SUPER
KEDAH 0 – 0 PKNS FC
FELDA UNITED 1 – 0 PJ CITY FC
TERENGGANU FC 1 – 1 PERAK
SELANGOR 2 – 4 JDT
MELAKA 2 – 0 KL
PKNP FC 0 – 3 PAHANG

Oleh AMRAN MULUP

 
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) meneruskan penguasaan tangga teratas Liga Super selepas mengharungi lima perlawanan sambil Pahang dan Kedah mengekori rapat untuk berada di tempat kedua serta ketiga.

Mengutip 13 mata daripada empat kemenangan dan satu seri membolehkan skuad JDT mengutip 13 mata dengan
kelebihan dua mata mengatasi saingan terdekat Pahang dan Kedah.

JDT dilihat sebagai pasukan yang cukup ampuh selepas membenam skuad Selangor 4-2 di Stadium Shah Alam, Selangor pada 2 Mac lalu untuk mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

Mengekori rapat JDT ialah Pahang untuk berada di tangga kedua liga mengutip 11 mata selepas skuad Tok
Gajah itu membenam PKNP FC 3-0 dan turut mengikut jejak pendahulu Liga Super mengekalkan rekod tanpa kalah,
manakala Kedah di tangga ketiga dengan 11 mata.

Kekecewaan Kedah apabila gagal mengutip tiga mata penuh bermain di tempat sendiri ketika menentang PKNS
FC dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Melaka pula berada di tangga keempat selepas mengutip tiga mata penuh menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di
Stadium Hang Jebat, Melaka pada 3 Mac. Dua jaringan babak pertama menerusi Darko Markovic pada minit ke-13 dan Nazrin Nawi minit ke-16 sudah cukup menceriakan skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan.

Agak mengecewakan buat skuad yang menggengam kejuaraan Piala Malaysia paling banyak iaitu Selangor
apabila sehingga setakat lima perlawanan masih belum mencapai sebarang kemenangan sehingga kini.

Skuad Selangor kini berada di tangga ke-10 daripada 12 pasukan dan hanya mengutip tiga keputusan seri
dan kalah dua kali terbaharu mereka dibelasah JDT 4-2.

Juara Piala Malaysia musim lalu, Perak juga berada pada kedudukan kurang selesa tanpa mengutip sebarang
mata kemenangan walaupun berbaki satu perlawanan.

Kuala Lumpur kini menghuni tangga terbawah liga tanpa mengutip sebarang mata apabila tewas dalam empat
perlawanan yang diharungi setakat ini.

KEDUDUKAN P M S K J B Mt
JDT 5 4 1 0 13 6 13
PAHANG 5 3 2 0 11 3 11
KEDAH 5 3 2 0 9 1 11
MELAKA 5 3 1 1 7 4 10
PKNS FC 5 2 2 1 6 2 8
TERENGGANU FC 5 1 3 1 5 7 6
FELDA UNITED 5 1 3 1 4 7 6
PJ CITY FC 5 1 1 3 5 8 4
PERAK 4 0 3 1 3 4 3
SELANGOR 5 0 3 2 5 11 3
PKNP FC 5 0 1 4 3 10 1
K.LUMPUR 4 0 0 4 2 10 0

— Bebasnews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here