Peluang lihat dari dekat Piala Ryder Eropah sempena Golf Maybank 2019

0
1
(GAMBAR ATAS) PIALA Ryder akan bertemu peminat sepanjang Kejohanan Golf Maybank 2019 dari 21 hingga 24 Mac ini di Saujana Golf & Country Club.

Ini merupakan musim ke-21 yang mana Jelajah Eropah tiba di Kuala Lumpur, lokasi kejohanan pertama Jelajah ini di luar Eropah.

Oleh AMRAN MULUP

 
ORANG ramai khususnya peminat golf berpeluang melihat dari dekat trofi Piala Ryder yang akan berada di Saujana Golf & Country Club, Shah Alam, Selangor semasa Kejohanan Golf Maybank berlangsung dari 21-24 Mac ini.

Kapten pasukan Eropah 2018, Thomas Bjorn dan jaguh dari Ireland, Padraig Harrington yang baru dilantik sebagai kapten baharu untuk kejohanan Piala Ryder tahun 2020 akan hadir bersama Piala Ryder yang dibawa khusus ke ibu negara apabila kedua-dua jaguh itu turut bersaing di Kejohanan Golf Maybank nanti.

Peminat yang akan menyaksikan Kejohanan Piala Maybank berpeluang melihat trofi Piala Ryder yang akan dipamerkan secara eksklusif di Village, Saujana Golf & Country Club bermula daripada pukul 8.00 pagi hingga 10 pagi pada 24 Mac ini.

Ini merupakan musim ke-21 yang mana Jelajah Eropah tiba di Kuala Lumpur, lokasi kejohanan pertama Jelajah ini di luar Eropah.

Pasukan Eropah memenangi semula Piala Ryder pada bulan September lalu di Le Golf National di Paris, Perancis apabila pasukan Bjorn mengalahkan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Jim Furyk dengan 17½ mata melawan 10.

Kini Harrington akan cuba mengekalkan trofi apabila edisi ke-43 acara dwitahunan ini berlangsung di Whistling Straits Golf Course, Wisconsin, Amerika Syarikat dari 25-27 September 2020.

Bjorn menjadi pemain profesional pada 1993 dan memiliki tidak kurang daripada 15 kemenangan dalam Jelajah Eropah. Pemain berusia 47 tahun itu adalah pemain golf paling berpengalaman dari Denmark dan yang pertama dari negaranya untuk melayakkan diri menyertai pasukan Piala Ryder Eropah sebagai seorang pemain.

Bjorn, yang juga menerajui pasukan Eropah apabila meraih kemenangan ke atas pasukan Asia dalam Piala EurAsia pada Januari 2018 di Glenmarie Golf & Country Club di Shah Alam. Dia berada dalam tiga pasukan Piala Ryder Eropah sebagai seorang pemain – pada 1997, 2002 dan 2014.

Juara Utama tiga kali, Harrington pula bermain sebanyak enam kali dengan pasukan Piala Ryder Eropah dan empat sebagai pemenang – 2002, 2004, 2006 dan 2010. Pemain berusia 47 tahun itu juga pernah menjadi sebagai naib kapten sebanyak tiga kali.

Penyertaan Bjorn dan Harrington dalam Kejohanan Maybank akan bersaing bersama juara empat kali, Ernie Els dari Afrika Selatan.

Turut hadir di lapangan Saujana adalah juara bertahan Shubhankar Sharma, Duta ASEAN Maybank, Gavin Green di samping 60 orang pemain yang masing-masing diambil daripada Jelajah Eropah dan Asia.

Kategori ASEAN sekali lagi akan diketengahkan di lapangan, bersama-sama dengan 15 individu daripada 150 pemain terulung dunia dan 13 warga Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara akan datang dan maklumat lain yang berkaitan dengan Kejuaraan Maybank, sila log masuk ke: https://www.maybankchampionship.com.my

— BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here