Impian beregu lelaki negara terhalang di Seluruh England

Impian beregu lelaki negara terhalang di Seluruh England
(GAMBAR) AARON CHIA-Soh Wooi Yik sekadar muncul naib juara Seluruh England 2019.

Kegagalan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus kemarau gelaran pada peringkat senior sejak disatukan selaku beregu pada November 2017.

Oleh AMRAN MULUP

 
IMPIAN 12 tahun kemarau beregu lelaki badminton negara untuk melakar kemenangan di Seluruh England untuk mengikut jejak langkah pasangan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bergelar juara pada 2007 tidak kesampaian.

Hasrat pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terhalang apabila mereka tidak berupaya menyekat kemaraan bekas juara dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di Arena Birmingham, Birmingham, England semalam (10 Mac).

Begitupun, pasangan muda negara itu memberikan tentangan hebat kepada pasangan dari Indonesia apabila tewas 21-11, 14-21 12-21 dalam tempoh 49 minit dalam perlawanan akhir yang begitu mendebarkan.

Kegagalan itu juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik terus kemarau gelaran pada peringkat senior sejak disatukan selaku beregu pada November 2017.

Kali terakhir kejuaraan Seluruh England dimenangi pasangan beregu lelaki negara adalah melalui Kien Keat-Boon Heong dalam pentas final pada 2007.

Pasangan muda negara itu beraksi cemerlang sejak kempen pertama apabila menewaskan pasangan dari Taiwan, Lu Ching-Yang Po-han 12-21, 21-16, 21-16 selepas itu mereka menyekat kemaraan beregu dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang juga pilihan kelima kejohanan menerusi kemenangan 21-19, 21-16.

Selepas itu, Aaron-Wooi Yik meneruskan rentak cemerlang apabila menyingkirkan bekas juara dunia 2017, Liu Cheng-Zhang Nan dari China menerusi kemenangan 21-19, 17-21, 21-12 untuk melangkah ke separuh akhir.

Dalam aksi separuh akhir pada 9 Mac 2019, pasangan muda negara mengetepikan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto yang juga pemenang pingat perak Sukan Asia dengan kemenangan 12-21, 22-20, 21-19.

Dalam aksi final, Aaron-Wooi Yik mengejutkan peminat badminton apabila menang set pertama 21-11, namun
mereka goyah pada set kedua dah tewas mudah dengan keputusan 14-21.

Pada set ketiga mereka terus longlai apabila banyak melakukan kesilapan, sekali gus kecundang 12-21 kepada gandingan veteran Indonesia itu yang juga bekas juara edisi 2014.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.