Ong Seong Wu kembali tanpa Wanna One

0
1

Tidak diduga sambutan yang diberikan oleh peminat tempatan amat menggalakkan, dalam tempoh seminggu jualan tiket berharga RM580 habis dijual.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 
MUNGKIN kenangan manis yang dikecapi sebelum ini membuatkan Ong Seong Wu turut menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi untuk acara dia bertemu dengan peminat.

Acara Ong Seong Wu First Fan Meeting in Malaysia (Eternity) akan diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada pukul 6 petang, 23 Mac ini.

Kehadirannya kali ini tidak akan ditemani rakan-rakan Wanna One kerana kumpulan itu telah dibubarkan pada 31 Disember 2018.

Kunjungan pertamanya ke Malaysia adalah sewaktu Wanna One bertemu dengan peminat yang diadakan di Stadium Negara pada 18 Januari 2018.

Selepas itu kumpulan yang popular dengan lagu Energetic itu kembali lagi ke Malaysia untuk menjayakan konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 Julai tahun lalu.

Bagaimanakah sambutan daripada peminat tempatan apabila Seong Wu muncul seorang diri bagi menjayakan acara perjumpaannya dengan peminat nanti.

Tidak diduga sambutan yang diberikan oleh peminat tempatan amat menggalakkan, dalam tempoh seminggu jualan tiket berharga RM580 habis dijual.

Ternyata Seong Wu, 24, mempunyai peminat tersendiri tanpa perlu bergantung kepada populariti Wanna One.

Mungkin penyertaan Seong Wu dalam program Law Of The Jungle Sabah yang menjalani penggambaran di negeri bawah bayu sekitar April 2018 membuatkan peminat merindui kehadirannya.

Dalam acara perjumpaan peminat itu nanti, pihak penganjur Hatchery turut menyediakan beberapa hadiah menarik kepada penonton bertuah.

Antaranya, penonton berpeluang bergambar bersama Seong Wu secara berkumpulan, menerima poster yang telah ditandatangani oleh Seong Wu.

Pelakon utama drama The Moment of 18 itu bukan sekadar menghiburkan peminat dengan nyanyian, sebaliknya pemuda tampan itu juga akan berinteraksi dengan penonton yang hadir secara terbuka.

Bagi yang belum membeli tiket untuk menghadiri acara tersebut, anda boleh melayari website airasiaredtix.com untuk membeli tiket-tiket berharga RM480, RM380 dan RM280.

Untuk mengetahui lebih banyak lagi tentang perkembangan terkini acara istimewa Ong Seong Wu Fan Meeting in Malaysia (Eternity) jangan lupa mengikutinya di Facebook @hatcheryth.

— BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here