[VIDEO] Buku Putih dunia baharu Saharul Ridzwan

[VIDEO] Buku Putih dunia baharu Saharul Ridzwan

Saharul juga sedia menerima teguran daripada orang ramai tentang penampilannya sebagai rapper.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

 
KALAU berbicara tentang lakonan, Saharul Ridzwan, 30, boleh bercerita dari A sampai Z kerana itu bidang yang diceburi sejak 2012.

Kini hero drama Selafaz Cinta ini ibarat orang baharu di pentas seni apabila mengambil keputusan untuk mencuba nasib dalam bidang seni suara.

Biarpun penampilannya bukan sebagai penyanyi, dia tetap bersyukur kerana mendapat kepercayaan daripada Ajai untuk terlibat sama dalam lagu Buku Putih.

“Saya memang kosong bab lagu ni. Bayangkan masa rakaman awal, saya tak tahu apa itu korus dan verse.

“Nasib baik abang Ajai kata dia bukan menekankan soal nyanyian tapi lebih kepada lirik yang saya buat. Dia tahu saya bukan penyanyi sebab itulah dia suruh saya rap,” kata pemilik nama penuh Mohd. Saharul Ridzwan Hashim.

Menghargai peluang yang diberikan kepadanya oleh komposer popular itu, Saharul sanggup menghabiskan masa yang lama di studio Wake The Baby Records untuk belajar tentang tempo.

“Saya sedar diri kerana saya bukanlah seorang penyanyi, tapi saya tak malu untuk belajar bagi mengatasi kekurangan diri.

“Kalau saya pergi kelas vokal sekali pun tak mungkin saya akan dapat high pitch seperti penyanyi. Saya tahu kebolehan saya setakat mana,” akuinya jujur.

Saharul juga sedia menerima teguran daripada orang ramai tentang penampilannya sebagai rapper.

Dalam masa yang sama, Saharul tetap meneruskan kerjaya lakonan kerana dia yakin dua cabang seni itu dapat dilaksanakan serentak dengan pengurusan waktu yang betul.

— BebasNews

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.