Penutupan Kampus UiTM Pasir Gudang ekoran pencemaran udara

0
69

 

JOHOR BAHRU – Dalam perkembangan terbaharu pihak Universiti Teknologi MARA Kampus Pasir Gudang mengumumkan penutupan kampus tersebut hari ini.

Ini dimaklumkan melalui satu kenyataan yang diterima oleh bebasnews.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri UiTM Cawangan Johor memutuskan supaya menutup Kampus UiTM Pasir Gudang.

 

Dengan pengumuman tersebut semua operasi kampus, termasuk kuliah bermula 13 Mac sehingga 17 Mac ditangguhkan ekoran pencemaran udara akibat pembuangan sisa toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang.

Pihak UiTM juga menasihatkan semua warga kampus memakai topeng muka (mask), selain menjauhkan diri dari lokasi pencemaran berkenaan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here