Malu apa bossku!

1
3

ASAL-USUL slogan itu saya difahamkan berasal dari Sabah. Dan bos yang dimaksudkan pula bukanlah melibatkan orang yang kontroversial atau bos yang kaya-raya.

Bos itu mungkin seorang guru, atau ketua kerani atau bos yang bukanlah mempunyai Bentley atau BMW 7 Series bersekali dengan supirnya.

Kisahnya berlaku di salah sebuah daerah di Negeri Di Bawah Bayu.

Suatu pagi, bos ini seperti biasa mahu ke pejabat. Sebagai bos yang  memiliki kereta, dia hanya bermotosikal kapcai ke pejabatnya.

Ramai kakitangannya tidak sedar perbuatan beliau itu sehinggalah, bos itu berhenti di satu lampu isyarat. Kebetulan kakitangan bawahannya yang berkereta juga berhenti di lampu isyarat yang sama.

Kakitangan itu perasan itu bosnya. Bos itu yang memakai jaket terbalik, tangan di hadapan, sedar anak buahnya sedang memerhatikannya. Mereka kemudian saling berpandangan dan menyapa. Bos angkat tangan dan anak buahnya juga angkat tangan.

Mereka pun berlalu ke pejabat. Sampai di pejabat mereka bertemu.

Anak buah: Bos, apasal naik motosikal. Kenapa tak bawa kereta?

Bos: (Sambil tersenyum) Saja. Apa salahnya naik motor?

Anak buah: Tak eloklah encikkan bos, patut kena jaga status.

Bos: (Terus tersenyum) Bukan apa, saya ada lima orang anak. Gaji kita pun bukan besar sangat. Cukup-cukup makan saja. Tapi anak saya adalah segala-galanya.

Anak buah: (Mendengar dengan tekun)

Bos: Kos untuk besarkan anak-anak bukan murah. Saya naik motor, kosnya murah. Jadi saya boleh gunakan untuk sekolah anak-anak.

Memanglah malu, saya bos naik motor saja, tapi apa boleh buat. Saya kena berjimat.

Anak buah: Oh begitu… (ruak muka seperti terharu).

Bos: Ya itulah kisahnya… (dengan muka yang sedikit tersipu-sipu).

Anak buah: Malu apa bosku…!!! Jika ia demi anak-anakmu. (Ujarnya separuh jerit)

Maka terlekatlah slogan “Malu Apa Bosku”.

Tak hairanlah budak-budak kapcai cukup teruja dengan slogan itu.

Tapi konteksnya dengan yang sedang mereka troll sekarang adalah cukup berbeza. Ia adalah antara langit dan bumi — antara dua darjat, antara dua keadaan.

Seorang #malu apa bosku, naik kapcai kerana tampungan sara hidup bagi membesarkan anak-anak, dan seorang lagi bos untuk tampungan apa pula ya?

Fikir-fikirlah…

 

— BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here