Seorang rakyat Malaysia cedera dalam tembakan di masjid di New Zealand

Seorang rakyat Malaysia cedera dalam tembakan di masjid di New Zealand
GAMBAR di atas yang disiarkan oleh Radio New Zealand menunjukkan penduduk setempat berkumpul berdekatan Masjid al Noor, di Christcurch, New Zealand selepas satu kejadian tembakan yang mengorbankan beberapa jemaah solat Jumaat pada 15 Mac 2019. – RADIO NEW ZEALAND / AFP pix.

Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan ketika ini sedang menerima rawatan di hospital.

 
KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia antara yang cedera dalam tembakan rambang di dua masjid di bandar Christchurch.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand dalam Twiter hari ini berkata mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

“Setakat ini, seorang rakyat Malaysia disahkan cedera dan ketika ini sedang menerima rawatan di hospital,” katanya.

Dalam kejadian itu, beberapa kematian dilaporkan apabila suspek melepaskan tembakan secara rambang.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/541242/seorang-rakyat-malaysia-cedera-dalam-tembakan-di-masjid-di-new

— Berita Harian

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.