Terbuka Malaysia: Jin Wei ceriakan kem Malaysia

Perseorangan lelaki semua tersingkir di pusingan pertama

Terbuka Malaysia: Jin Wei ceriakan kem Malaysia
Gambar atas: Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei beraksi menentang pemain Thailand, Nitchaon Jindapol pada hari kedua Kejohanan Terbuka Celcom Axiata 2019, di Stadium Axiata, Bukit Jalil. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD.

 

KUALA LUMPUR — Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei melangkah ke pusingan kedua perseorangan wanita
selepas menewaskan pemain Thailand, Nitchaon Jindapol dari Thailand 21-13, 21-12 di pusingan pertama
badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini. (3 April 2019)

Kemenangan Jin wei menceriakan kekecewaan perseorangan lelaki yang tidak mempunyai wakil negara apabila
satu-satunya harapan yang disandarkan kepada juara Terbuka Taiwan 2018, Lee Zii Jia tidak kesampaian.

Zii Jia yang menjadi sandaran perseorangan lelaki tewas di tangan pemain Thailand, Suppanyu
Avihingsanon 17-21, 21-19, 15-21.

Kini skuad badminton negara tidak mempunyai cabaran dalam perseorangan lelaki apabila Liew Darren turut
tersingkir di pusingan pertama semalam manakala juara Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali menarik diri.

Barisan pemain negara yang berjaya melepasi pusingan pertama ialah pasangan beregu campuran, Goh Soon
Huat-Lai Shevon Jemie menewaskan gandingan Indonesia, Alfian Eko Prasetya 21-13 dan 21-15. Pasangan itu
yang melakukan kejutan mara ke separuh akhir Terbuka England 2019 awal Mac lalu kini menjadi sandaran
untuk melangkah ke separuh akhir.

Turut mara ialah beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menewaskan pasangan dari
England, Marcus Ellis-Chris Landrige 21-14, 21-19. Satu lagi beregu yang layak ialah gandingan Ong Yew
Sin-Teo Ee Yi yang menewaskan pasangan Thailand, Kitinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh 21-17, 21-19.

Dua beregu wanita juga turut terkandas apabila Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean gagal mengulangi pencapaian
di Terbuka India, apabila tumpas kepada pilihan kelapan dari Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda
Prajongjai 21-12, 10-21, 15-21.

Manakala Ariel Lee-Sydney Lee tunduk 9-21, 10-21 kepada gandingan dari Indonesia yang juga pilihan
keempat kejohanan, Greysia Poli-Apriyani Rahayu.

Sementara itu, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2008 (Beijing) dan 2012 (London), Lin Dan dari China
tidak berdepan tentangan sengit sebelum dapat menewaskan pilihan ketiga kejohanan, Chou Tien Chen dari
Taiwan menerusi kemenangan 13-21, 21-19, 21-19.

–BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.