TH: Tiada pengeluaran luar biasa tapi deposit baharu bertambah

0
54
Gambar atas: Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat semasa sidang media pada majlis Taklimat Prestasi Lembaga Tabung Haji dan Pengumuman Hibah bagi tahun 2018 di Kompleks Islam Putrajaya baru-baru ini. NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

 

KUALA LUMPUR — Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Zukri Samat berkata, urusan di semua cawangan TH berjalan seperti biasa dan tiada pengeluaran yang luar biasa berlaku.

Ketika ditanya media hari ini sama ada berlaku pengeluaran secara besar-besaran berikutan pengumuman pemberian hibah bagi tahun 2018 hanya sebanyak 1.25%, beliau berkata: “Cawangan kami melaporkan urusan seperti biasa malah cawangan-cawangan kami  turut menerima caruman deposit baharu.”

“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin yang tular di media sosial adalah sama sekali tidak benar dan tidak berasas. Ini merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.”

Beliau menambah, TH akan membuat laporan polis jika terdapat lagi khabar-khabar angin yang disebar pihak yang tidak bertanggungjawab, bertujuan untuk menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendeposit.

“TH ingin memberi jaminan kepada para pendeposit bahawa bukan sahaja wang mereka selamat, tetapi kami komited menjana pendapatan yang mampan untuk mengoptimumkan pulangan mereka, sambil menumpukan kepada mandat kami untuk membantu umat Islam menyimpan dan mempersiapkan diri untuk urusan haji mereka,” kata Zukri

– BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here