Alumni UiTM kunjung hormat Naib Canselor baharu

Alumni UiTM kunjung hormat Naib Canselor baharu

KUNJUNGAN MESRA… Barisan Exco Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan pertemuan rasmi dengan Naib Canselor baharu universiti itu di Canseleri pada 5 April 2019.

Rombongan PAUiTM, yang diasaskan semula pada 2008, diketuai presidennya Datuk Zaini Hassan, timbalannya Saiful Azhar Shaharun serta setiausaha Shukri Ishak.

Naib Canselor, Prof Ir. Dr Mohd. Azraai Kassim melahirkan rasa gembira dengan kunjungan itu selain beliau diberi penerangan mengenai persatuan itu.

PAUiTM ialah persatuan payung kepada 45 buah persatuan alumni fakulti-fakulti dan cawangan UiTM seluruh negara.

Dalam kunjungan itu, isu mengenai penubuhan Persekutuan Persatuan Alumni UiTM Malaysia juga dibincangkan.

Asas UiTM yang ditubuhkan pada 1956 sehingga kini mempunyai lebih 800,000 alumni atau bekas-bekas pelajarnya.

Hadir sama dalam pertemuan itu ialah Bendahari PAUiTM, Marlia Abd. Majid; Setiausaha Kerja, Afiza Aziz; serta barisan exco terdiri daripada Shamshul Ariffin, Shamsul Azlan, Tarmizi Abdul Rahman, Mohammad Hawari Madarshaib dan Norhafizatul Akma Shohor.

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.