Kerajaan suntik RM17.8 bilion pulihkan Tabung Haji

Kerajaan suntik RM17.8 bilion pulihkan Tabung Haji
Gambar atas: NSTP

 

Oleh ABDUL HALIM YUSOFF

 

Penyelewengan demi penyelewengan dilakukan BN (Barisan Nasional) antaranya memanipulasi serta memalsukan kedudukan akaun sebenar TH dan membayar hibah sebelum ini dengan kadar yang tinggi.

 

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8 bilion kepada Tabung Haji (TH) serta membiayai agensi itu dalam tempoh 10 tahun dari 2020 hingga 2030 bagi memulihkan agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata ini bermakna kerajaan akan membuat peruntukan sebanyak RM500 juta pada tahun 2020 dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setahun sehingga semua sukuk ditebus semula.

Pada sesi Penerangan Menteri berhubung isu TH di Dewan Rakyat, semalam, Mujahid berkata, kerajaan komited untuk memastikan institusi umat Islam itu terus terbela, justeru membuat pelan pemulihan TH menerusi syarikat tujuan khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang membeli aset TH yang hanya bernilai RM9.7 bilion dengan harga RM19.9 bilion.

Mujahid berkata, tindakan pengurusan terdahulu TH yang tidak mempedulikan amaran Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa agensi itu sudah mengalami kekurangan aset, tetapi terus memberi hibah tinggi menyebabkan agensi itu berhadapan masalah kewangan yang teruk.

Katanya, kerugian dialami TH menjangkau RM10.2 bilion sukar ditanggung berbanding nilai aset pelaburan aset hartanah dan syarikat yang dibeli TH dengan kos RM19.9 bilion hanya bernilai RM9.7 bilion, setakat 31 Disember 2018.

“Penyelewengan demi penyelewengan dilakukan BN (Barisan Nasional) antaranya memanipulasi serta memalsukan kedudukan akaun sebenar TH dan membayar hibah sebelum ini dengan kadar yang tinggi.

“Akaun TH dipalsukan dengan kelulusan Datuk Seri Jamil Khir (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) pada 2017 apabila beliau membenarkan supaya TH memanipulasi nilai saham yang harus jatuh sebanyak tiga kali.

“Mengikut standard laporan kewangan, sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus. Tetapi apa yang TH lakukan dengan kebenaran Jamil Khir ialah menetapkan nilai saham harus jatuh 70 peratus dan kemudian diubah kepada 85 peratus dan selepas itu 90 peratus. Pemalsuan ini bukan sahaja mendapat kebenaran menteri tetapi Lembaga Pengarah TH juga meluluskannya,” katanya.

Mujahid berkata, TH pada zaman BN dengan terang dan nyata memalsukan akaun TH untuk menyembunyikan kerugian yang dialami demi menjadikan penyata kewangan agensi itu tampak menjana keuntungan, sekali gus memberi kemampuan untuk memberi hibah dengan kadar 6.25 peratus pada Februari 2018 membabitkan pembayaran RM2.7 bilion.

Perkara itu, katanya, dengan jelas bertentangan dengan Akta Tabung Haji apabila kerajaan BN membuat pengumuman hibah walaupun keuntungan tidak mencukupi.

Sehubungan itu, Mujahid berkata, bagi memastikan tiada lagi manipulasi atau penipuan akaun, kerajaan meletakkan TH di bawah seliaan dan panduan piawaian BNM yang berperanan sebagai penguat kuasa peraturan ke atas TH bagi memastikan piawaian dipatuhi dan supaya TH berfungsi secara profesional tanpa campur tangan politik.

“Penguatkuasaan BNM juga diperlukan supaya tiada kesalahan yang sama berulang lagi pada masa hadapan. Bank Negara Malaysia adalah badan berkanun yang berwibawa dan bebas daripada campur tangan Kerajaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata, pelan pemulihan TH kendalian pengurusan baharu mencatatkan kesan positif apabila akaunnya berupaya diimbangi, manakala aset yang kurang berpotensi diserahkan kepada syarikat SPV, UJSB dan ia diganti dengan sukuk bernilai tinggi.

“Berikutan proses ini jugalah TH mampu memberi hibah 1.25 peratus membabitkan peruntukan RM913 juta,” katanya.

Mujahid berkata, setakat 31 Disember 2018, TH merekodkan aset keseluruhan berjumlah RM76.5 bilion, sekali gus mencatatkan lebihan aset sebanyak RM1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Ini menunjukkan kedudukan kewangannya kembali pulih jika dibandingkan dengan keadaan TH sebelum ini iaitu defisit aset RM4.1 bilion berdasarkan laporan kewangan yang diaudit bagi tahun 2017.

“Dengan kejayaan proses pemulihan TH dalam tempoh yang singkat ini iaitu selama enam bulan, Kerajaan Pakatan.

-BERITA HARIAN

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.