UMNO Bahagian Tangga Batu anjur forum bantah Statut Rom di Taman Klebang Permai Khamis ini

UMNO Bahagian Tangga Batu anjur forum bantah Statut Rom di Taman Klebang Permai Khamis ini
Oleh AMRAN MULUP

 

MELAKA — Satu forum membantah Statut Rom (Rome Statue) akan diadakan di Dataran Baitul Tariq, Taman Klebang, Permai, malam esok (11 April).

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali berkata, forum berkenan diadakan adalah bertujuan untuk memberi gambaran sebenar kepada rakyat mengenai isu tersebut yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

“Banyak pihak terutama rakyat tidak tahu apa sebenarnya isu Statut Rom. Mereka terkeliru dengan pelbagai maklumat yang dihebahkan di media sosial.

“Malah ramai yang tidak faham apa isu sebenar Statut Rom yang terjadi dan melalui forum yang dianjurkan ini akan membolehkan rakyat lebih faham situasi yang berlaku sekarang,” ujarnya ketika dihubungi Bebasnews.my hari ini (10 April).

Menurut Ali, forum berkenaan yang akan bermula jam 9.00 malam akan dihadiri dua ahli panel iaitu Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan peguam bebas, Buzze Azam.

Beliau yang juga akan bertindak sebagai moderator berkata, rakyat di negeri ini dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar dengan lebih terperinci isu berkaitan Statut Rom.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.