Beego jadi pembekal durian sepanjang Ramadan

Beego jadi pembekal durian sepanjang Ramadan

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Untuk bulan Ramadan ini saya masuk jadi pembekal buah-buahan tempatan kepada Hotel Premiera Kuala Lumpur, khususnya untuk durian. Buah-buahan tempatan lain yang ada waktu musim durian saya cuba bekalkan juga.

Dek kurang tawaran berlakon Beego perlu mencari peluang lain untuk dijadikan sumber pendapatan.

Kata Beego atau nama sebenarnya Mohd. Aszerul Nizam Abdullah, 39, beliau mencuba bidang lain selain berlakon kerana mahu melakukan sesuatu yang baharu.

Antara pekerjaan yang dilakukan oleh Beego adalah mendapatkan kontrak untuk hiasan dalaman sejak Disember lalu.

“Saya ada juga buat hiasan dalaman rumah. Walaupun saya tak ada kelulusan dalam bidang tersebut, tapi saya mempunyai pasukan kerja yang mahir.

“Apa yang penting saya kena bijak merebut peluang. Saya ada juga buat kerja-kerja pembinaan untuk buat rumah bersama kawan yang ada lesen,” katanya.

Sementara itu, sepanjang bulan Ramadan ini Beego akan menjadi pembekal buah-buahan tempatan kepada Hotel Premiera Kuala Lumpur.

“Untuk bulan Ramadan ini saya masuk jadi pembekal buah-buahan tempatan kepada Hotel Premiera Kuala Lumpur, khususnya untuk durian. Buah-buahan tempatan lain yang ada waktu musim durian saya cuba bekalkan juga.

“Saya dapat peluang ini bila pihak hotel buat tender terbuka kepada orang ramai kira-kira sebulan lalu.

“Tahun lepas mereka ada buat tender untuk bekalan durian dan tahun ini bila dibuka tender, saya pun cuba,” jelasnya yang akan mendapat bekalan durian dari Pahang dan Johor.

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.