Kuasa melantik Menteri Besar Johor adalah kuasa mutlak Sultan Johor

0
22

 

Oleh AHMAD SOLEHIN ABD GHANI

Jika sekiranya calon-calon yang dihantar itu tidak dipersetujui Sultan Johor, parti tersebut perlu menghantar cadangan nama calon yang lain kepada Sultan Johor sehinggalah mendapat persetujuan dan perkenan Sultan Johor.

1. Saya merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir termasuklah di Malaysiakini, yang mana menyatakan bahawa Sultan Johor tidak ada peranan dalam melantik Menteri Besar, dan ia hanya ditentukan oleh parti politik yang menang.

2. Saya percaya bahawa kenyataan ini sedikit angkuh dan mengelirukan.

3. Mengikut Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Negeri Johor, Perkara 3 (1) menyatakan bahawa Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Menteri Besar Johor. Dalam isu pelantikan Menteri Besar ini, Sultan Johor tidak perlu bertindak atas nasihat mana-mana pihak.

4. Namun begitu, secara ‘convention’, parti yang menang akan menghantar beberapa nama calon Menteri Besar kepada Sultan Johor untuk pertimbangan baginda. Dalam hal ini, Pakatan Harapan perlu menghantar nama-nama calon tersebut.

5. Dalam keadaan tersebut, Sultan Johor akan meneliti calon-calon tersebut, dan hanya akan melantik jika calon tersebut dipersetujui Tuanku sendiri.

6. Jika sekiranya calon-calon yang dihantar itu tidak dipersetujui Sultan Johor, parti tersebut perlu menghantar cadangan nama calon yang lain kepada Sultan Johor sehinggalah mendapat persetujuan dan perkenan Sultan Johor untuk melantik calon tersebut sebagai Menteri Besar.

7. Maka, kenyataan untuk mengatakan bahawa Sultan Johor tidak mempunyai peranan dan kuasa untuk melantik Menteri Besar Johor adalah sangat tidak tepat, terpesong dan sengaja mengelirukan masyarakat mengenai tugas dan peranan Tuanku dalam sistem bekerajaan terutama di Negeri Johor.

https://www.facebook.com/ahmad.solehin

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here