MB Johor: Sila rujuk ‘precedent case’ di Perlis, Terengganu, Selangor

MB Johor: Sila rujuk ‘precedent case’ di Perlis, Terengganu, Selangor

 

Oleh RAZLAN RAFII

Melihatkan kepada ketiga-tiga kes di atas (Perlis, Terengganu dan Selangor), membuktikan bahawa sultan dan raja mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar pilihan mereka.

1. Saya merujuk kepada jawapan tweet yang dibuat oleh seorang yang bernama N. Surendran yang menyatakan bahawa “The ruler’s power to appoint MB is limited by Art 4(2)(a) of Johor Constitution – by which the Ruler shall appoint a person likely to command the majority of the assembly”.

2. Jawapan tersebut diberikan sebagai jawapan kepada laporan The Star “Sultan Has Absolute Right in appointing MB under State Law”.

3. Beliau juga telah memilih kes Stephen Kalong Ningkan untuk menyokong hujah beliau. Tetapi kes tersebut berlaku di Sabah dan setiap negeri mempunyai pengaplikasian undang-undangnya berbeza-beza, maka ia perlu dibeza-bezakan.

4. Saya ingin rungkaikan 3 kes krisis pelantikan menteri besar di Semenanjung Malaysia yang memperlihat Sultan dan Raja ada mempunyai kuasa mutlak untuk melantik, walaupun calon yang dikemukakan pada peringkat awal, ‘kononnya’ mempunyai sokongan ADUN yang lain (‘majority of the assembly’).

(i) Perlis (2018)
– Datuk Shahidan Kassim selaku Pengerusi BN Perlis telah mencadangkan adiknya, Datuk Ismail Kassim sebagai Menteri Besar Perlis pada tahun 2018, dan mendapat sokongan 8 orang ADUN BN yang lain.
– Namun begitu, Raja Perlis tidak memberi perkenan kepada cadangan tersebut.
– Raja Perlis memilih dan memberi perkenan untuk Datuk Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis. Majlis Pelantikan Datuk Azlan Man diboikot oleh ADUN BN yang lain, tetapi majlis diteruskan, dan pelantikan beliau tetap sah sebagai Menteri Besar Perlis.

(ii) Terengganu
– Selepas PRU-12, Datuk Idris Jusoh memohon perkenan untuk mengadap Sultan Mizan yang juga YDPA pada ketika itu. Oleh kerana Sultan Mizan adalah YDPA, maka baginda tidak boleh mencampuri urusan pelantikan MB di Negeri Terengganu pada ketika itu.
– Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) tidak memberi perkenan kepada Datuk Idris Jusoh sebagai MB Terengganu walaupun mendapat mandat dan sokongan daripada majoriti ADUN BN Terengganu dan BN Pusat.
– Akhirnya, MPPR perkenan melantik Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu walaupun mendapat kencaman dan tentangan daripada ADUN BN Terengganu sendiri dan BN Pusat.
– Walaupun tidak mendapat sokongan, Datuk Ahmad Said tetap dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada ketika itu.

(iii) Selangor – Langkah Kajang 2014
– Selepas YB Wan Azizah menang di Kajang, DAP & PKR menghantar nama Wan Azizah seorang sebagai calon Menteri Besar Selangor dan dipercayai mempunyai sokongan majoriti ADUN PKR dan DAP.
– Sultan Selangor meminta setiap parti menghantar 2 atau lebih calon sebagai MB Selangor.
– DAP & PKR masih dengan keputusan mereka dan PAS menghantar 3 nama, iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Iskandar Samad.
– Sultan Selangor menggunakan kuasanya untuk memilih Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

5. Melihatkan kepada ketiga-tiga kes di atas, membuktikan bahawa sultan dan raja mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar pilihan mereka.

6. Melantik seorang menteri besar yang mempunyai hubungan yang baik dengan sultan dan raja adaah suatu perkara yang sangat baik kerana ia boleh melancarkan perjalanan pentadbiran negeri dengan sebaiknya.

7. Melalui kes-kes di atas, kesemua menteri besar yang dilantik dan diperkenan oleh sultan dan raja negeri-negeri masing, yang pada awalnya tidak mendapat sokongan majoriti, akan bertukar secara tak langsung mendapat “command majority of assembly” seperti mana yang dimaklumkan oleh En N Surendran tersebut.

8. Maka saya percaya, kita tidak boleh terlalu ‘rigid’ dengan peruntukan sesuatu undang-undang tanpa melihat pelaksanaannya dalam suatu sistem politik di sesebuah negeri, kerana pastinya pengaplikasiannya juga adalah berbeza-beza.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII adalah seorang aktivis masyarakat.

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.