Menteri Besar Perak harap LTdL banyakkan laluan di Perak pada masa akan datang

Menteri Besar Perak harap LTdL banyakkan laluan di Perak pada masa akan datang
Gambar atas: Benjamin Dyball dari Team Sapura Cycling mengekalkan Jersi Kuning Petronas, Travis McCabe dari Floyd’s Pro Cycling Jersi Hijau Petronas, Angus Lyons Jersi Merah Raja Bukit dan Vadim Pronskiy Jersi Putih Pelumba Terbaik Asia bersama Menteri Besar Perak pada Peringkat 5 Le Tour de Langkawi dari Tanjung Malim ke Taiping. NSTP/ROSDAN WAHID

 

TAIPING – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap agar penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) memperbanyakkan laluan perlumbaan di negeri ini pada acara-acara akan datang.

Bagi negeri Perak, beliau berkata kerajaan akan terus komited dalam memberikan sokongan kepada acara lumba basikal antarabangsa berprestij itu.

Tambah beliau lagi, memandangkan tahun hadapan LTdL bakal meraikan ulang tahun ke-26 acara tersebut, maka itu saranan supaya diperbanyakkan laluan di Negeri Perak sesuatu yang tepat.

Kelompok utama pelumba Le Tour de Langkawi 2019 (LTdL) melintasi Jambatan Kuala Kangsar pada siri Jelajah LTdL peringkat kelima dari Tanjung Malim ke Taiping sejauh 200.1 kilometer semalam. –fotoBERNAMA

Dalam pada itu beliau juga berasa terharu atas sambutan orang ramai yang keluar menyaksikan acara berkenaan.

Ahmad Faizal berkata demikian kepada media selepas menyampaikan hadiah LTdL 2019 di Dataran Warisan di sini pada Rabu.

Peringkat ke-5 laluan LTdL 2019 di negeri Perak merangkumi jarak laluan sejauh kira-kira 200 kilometer dari Tanjung Malim ke Taiping dan merentasi enam daerah, iaitu Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar serta Larut Matang dan Selama.

Turut hadir, Exco Belia, Sukan & Pembangunan Modal Insan Negeri Perak Howard Lee Chuan How dan Abdul Yunus Jamahri serta Ketua Pegawai Eksekutif  syarikat pengurus acara LTdL 2019, Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa.

Kelompok utama pelumba Le Tour De Langkawi 2019 (LTdL) bersaing pada siri Jelajah LTdL peringkat kelima dari Tanjung Malim ke Taiping sejauh 200.1 Kilometer ketika melintasi Menara Jam Kuala Kangsar semalam.
–fotoBERNAMA

—BebasNews
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.