Majlis Olimpik nafi lantik individu berkait Jho Low jadi COO

Majlis Olimpik nafi lantik individu berkait Jho Low jadi COO
Gambar atas: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (kanan) ketika sidang media di Wisma OCM, Kuala Lumpur. NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD

 

KUALA LUMPUR — Majlis Olimpik Negara (MOM) menafikan laporan media yang mengatakan Ung Su Ling, individu yang pernah dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dilantik menjadi ketua pegawai operasinya yang baru.

Namun, MOM tidak menolak bahawa Ung merupakan calon utama daripada enam nama yang disenarai pendek dari 59 permohonan keseluruhan.

Menurut, presidennya Norza Zakaria, pelantikan untuk jawatan COO itu akan diumumkan pada hujung bulan ini.

“Setelah kita berbincang tentang perkara ini, pertama seklai sy nak menyatakan bahawa apa yg dilaporkan sebeum media ini berlandaskan khabar angin dan spekulasi.

“Kerana OCM (MOM) tak pernah buat pengumuman dan kenyataan di atas pelantikan COO

“Yang kita tahu, sejak mesyuarat baru-baru ini bahawa media telah lapor berkenaan dengan isu itu tanpa berlandaskan kepada mana-mana keputusan rasmi daripada OCM,” katanya pada satu sidang media di Wisma OCM di Kuala Lumpur hari ini.

Naib Presiden OCM, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (kanan) dan Setiausaha Agong OCM, Datuk Mohd Nafizuddin Mohd Najib, ketika sidang media selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif OCM di Wisma OCM, Jalan Hang Jebat baru-baru ini. / Foto:NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Menurut laporan The Edge Weekly pada Jun 2018, Ung pernah bekerja di Pengurusan Aset Merican & Partners, yang mana dia bertanggungjawab menguruskan pelaburan bagi pihak Jho Low.

“Dia kemudiannya menyertai perniagaan keluarga Low, Wynton Group. Selepas itu Jho Low menjadikan Ung sebagai CEO Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) yang merupakan cabang amal 1MDB.

“Melalui YR1M, yang menerima beratus juta daripada syarikat seperti Genting dan Tanjong, wang tunai itu disalurkan kepada program politik atas nama amal,” petik laporan itu.

https://www.malaysiakini.com/news/472048
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.