[VIDEO] Maestro Keroncong Indonesia, Mus Mulyadi meninggal dunia

[VIDEO] Maestro Keroncong Indonesia, Mus Mulyadi meninggal dunia

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

Selain irama keroncong, Mus Mulyadi juga terbabit dalam muzik pop. Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Favourites Group pimpinan A Riyanto.

MAESTRO (Raja) keroncong Indonesia, Mus Mulyadi, 73, meninggal dunia di Jakarta, Indonesia pada Rabu (10 April) lalu.

Mus Mulyadi meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta akibat komplikasi penyakit diabetes sejak sekian lama.

Mus Mulyadi berduet dengan isterinya, Helen Sparingga.

Mus Mulyadi menjadi buta akibat diabetes sejak 2010. Walaupun buta Mus Mulyadi tetap menerima undangan menyanyi dan sentiasa ditemani isterinya, Helen Sparingga yang juga seorang penyanyi.

Selain irama keroncong, Mus Mulyadi juga terbabit dalam muzik pop.

Beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan Favourites Group pimpinan A Riyanto. Favourites Groups adalah salah satu kumpulan popular di Indonesia pada sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Beliau turut membintangi sejumlah filem.

Mus Mulyadi turut popular di Malaysia. Dia pernah mengadakan beberapa konsert di Malaysia ketika zaman kegemilangannya.

— BebasNews.my

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.