Cubalah belajar daripada kesilapan Osman Sapian

Cubalah belajar daripada kesilapan Osman Sapian

 

Oleh AMRAN AHMAD NOR

Apa yang ramai tak tahu, Osman jadi MB Johor setelah dirinya terikat dengan ‘perjanjian sulit’ bersama DAP selepas berjanji untuk menyerahkan 4 kerusi Exco kepada DAP, paling banyak berbanding PPBM sendiri, PKR atau PAN.

DATUK Osman Sapian sah menjadi Menteri Besar Johor paling singkat, tak sampai setahun sejak angkat sumpah pada 16 Mei tahun lepas kerana esok (14 April) Johor akan dapat MB yang baru.

Apa yang ramai tak tahu, Osman jadi MB Johor setelah dirinya terikat dengan ‘perjanjian sulit’ bersama DAP selepas berjanji untuk menyerahkan 4 kerusi Exco kepada DAP, paling banyak berbanding PPBM sendiri, PKR atau PAN.

Sebagai habuan, DAP akan sokong Osman untuk menjadi MB walaupun ketika itu mendapat tentangan dari PAN dan PKR.

Kasihan, walaupun dapat jadi MB, akibat ‘kesilapan’ bersekongkol dengan DAP, rezeki Osman jadi MB tidak panjang dan terpaksa serahkan jawatan itu tak sampai setahun.

Osman menjadi MB yang lemah kerana kesilapannya melantik 4 Exco DAP yang lemah, menyebabkan pentadbiran kerajaan negeri Johor tak kuat sebab DAP menguasai kerajaan negeri dengan 4 Exco dan 14 ADUN DAP yang dilihat tak tahu buat kerja.

Kesimpulannya, janganlah kita bersekongkol dengan DAP kerana ia akan hanya membawa kepada kehancuran yang akhirnya akan membuat kita menyesal pada kemudian hari.

Masih tak nampak?

Tengoklah apa dah jadi bila DAP mula berkuasa sejak 9 Mei tahun lalu.

Tun M yang dahulunya hero orang Melayu, hari ini menjadi PM yang tak dapat sokongan banyak orang Melayu sebagai penduduk majoriti di negara ini, negara jadi haru-biru kerana rakyat berasa tertipu dan kecewa, prestasi ekonomi tak ke mana, GLC rugi sana sini dan yang lebih penting, soal perpaduan kaum yang dahulunya baik kini umpama telur di hujung tanduk.

Harap MB Johor yang baharu akan rombak barisan Exconya dan belajarnya daripada ‘kesilapan’ Osman dengan tak lantik ramai Exco DAP dalam kerajaan negeri kerana DAP akan menguasai anda untuk ‘bangsa’ DAP semata-mata.

https://www.facebook.com/amran.ahmad.359

PENAFIAN: Tulisan ini pendapat peribadi penulis dan tidak mencerminkan pandangan serta pendirian BebasNews.my

Please follow and like us:

2 Responses to "Cubalah belajar daripada kesilapan Osman Sapian"

  1. ikhwanchen  14/04/2019 at 2:57 pm

    Setahu aku bebasnews dikendalikan oleh sekumpulkan bekas wartawan kanan Utusan Melayu. Ini ke cara menulis berita? Pakai ambik kenyataan jahat tanpa bukti dalam FB tanpa asas? Malu la sikt !!!

    Reply
  2. Abdul Ahmad  16/04/2019 at 10:00 am

    Sebagai pembaca, saya membaca akbar dan mengikuti penulisan wartawan yang hebat. Bebasnew membawa perubahan dalam penulisan berita dan diterajui oleh wartawan yang hebat-hebat. Nama pun bebas news so Portal yang bebas, dan tak perlu berpihak kepada mana-mana parti politik. Saya sebagai pembaca, percaya kepada kebebasan penulisan dan pandangan. Langkah bebasnews memaparksn pandangan dalam pelbagai sudut amat bertepatan dengan senario Malaysia hari ini. Saya berharap Bebasnews akan sentiasa berada atas prinsip prinsip kebebasan berita dalam kebebasan kewartawanan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.