Kriket Melayu laksana pelaburan besar

Kriket Melayu laksana pelaburan besar
Gambar atas: Sebahagian ahli yang menghadiri persidangan agung tahunan Kriket Melayu di Kuala Lumpur 13 April 2019.

 

KUALA LUMPUR — Persatuan Kriket Melayu Malaysia akan membentuk sebuah jawatankuasa khas khusus bagi meneroka peluang membeli hartanah untuk memuncakkan lagi pelaburan persatuan itu.

Persidangan agung tahunan persatuan itu yang dipengerusikan oleh Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid 13 April 2019  telah mencadangkan timbalan yang dipertua Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob bagi mengetuai jawatankuasa itu di samping dua naib yang dipertua; Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Noordin dan Datuk Mir Shahariman Shaharuddin. Turut sama dalam badan itu ialah setiausaha kewangan Datuk Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi dan setiausaha agung, Rosmanizam Abdullah.

Persatuan berkenaan telah pun menyediakan peruntukan besar untuk tujuan pelaburan hartanah dan ia perlu dilengkapkan selewat-lewat akhir tahun ini.

Kriket Melayu telah melakukan pelaburan bernilai jutaan ringgit dua tahun lepas di Sri Petaling dan kesungguhan ini mendapat restu dalam persidangan agung itu berdasarkan perolehan yang diperoleh buat masa sekarang.

”Saya yakin dengan jawatankuasa seramai lima orang ini. Mereka akan membuat cadangan kepada majlis untuk melaksanakan keputusan secara muktamad,” kata Ahmad Sarji.

Persidangan agung tahunan berlangsung di Kelab Selangor Diraja tanpa sebarang pemilihan kali ini. Ia hanya berlangsung tahun depan dengan perancangan sebahagian besar muka baharu akan membarisi kepemimpinan pertubuhan itu.

Difahamkan barisan baharu musim depan akan meninjau pencapaian kriket secara keseluruhan terutama sekali keberkesanan Persatuan Kriket Malaysia dalam pelaksanaan program pembangunannya.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.