Kerjasama Pas-UMNO berterusan sampai kiamat – Nik Abduh

0
49
TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpeluk dengan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan selepas Mohamad memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan pada 13 April 2019. Gambar kecil ialah Nik Abduh Nik Aziz. - FOTO UMNO Online
(GAMBAR) TIMBALAN Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpeluk dengan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan selepas Mohamad memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan pada 13 April 2019. Gambar kecil ialah Nik Abduh Nik Aziz. – Foto UMNO Online

Kemungkinan untuk Pas membentuk kerajaan campuran dengan UMNO masih belum dibincangkan. Kita belum beri penjelasan untuk itu lagi sebab situasi itu masih berlaku, jadi kita tidak boleh jawab.

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz mahu kerjasama antara Pas dan UMNO berterusan sampai “kiamat”.

Beliau berkata, kerjasama yang terdapat ketika ini tidak seharusnya terbatas untuk berdepan pilihan raya umum (PRU) ke-15.

“Sebab itu saya kata biarlah sampai kiamat,” katanya dalam wawancara bersama The Malaysian Insight dan dipetik daripada portal Malaysiakini.

Dalam pada itu, Nik Abduh mengakui bahawa kerjasama itu pada mulanya tidak begitu mendapat sambutan daripada akar umbi Pas kerana mereka merasakan tidak memerlukan UMNO.

“Semakin positif, bahkan hubungan baik itu melebih-lebih pula dari pemimpin. Mereka gembira sebab kampung semakin besar.

“Dulu kalau kata ada 100 buah rumah tapi diasingkan, 50 rumah parti itu 50 rumah pengikut PAS, tapi sekarang tak berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Nik Abduh berkata, kemungkinan untuk Pas membentuk kerajaan campuran dengan UMNO masih belum dibincangkan.

“Kita belum beri penjelasan untuk itu lagi sebab situasi itu masih berlaku, jadi kita tidak boleh jawab,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/23467/BERITA/Politik/Nik-Abduh-mahu-kerjasama-Pas-UMNO-sampai-kiamat

— Sinar Harian

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here