[VIDEO] Dua daripada lima geledah kereta peronda polis ditahan

Dalam pada itu, laporan media hari ini (14 April 2019) melaporkan lima lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) itu sedang diburu oleh polis.

VIDEO yang menunjukkan sekumpulan lima petugas pilihan raya parti dipercayai di Rantau memeriksa sebuah kereta peronda polis (MPV) menjadi viral dalam media sosial.

BebasNews difahamkan dua daripada lelaki itu sudah ditahan polis hari ini (14 April 2019).

Petugas itu dikatakan memaksa anggota polis peronda membuka pintu dan but kereta itu bagi memeriksa kononnya disorok kertas undi.

Petugas parti politik itu dipetik sebagai berkata ia adalah prosedur.

Ramai netizen mempersoal mengapa anggota itu membenarkan kereta itu ‘diselongkar’?

Dalam pada itu, laporan media hari ini (14 April 2019) melaporkan lima lelaki dipercayai penyokong Pakatan Harapan (PH) itu sedang diburu oleh polis.

Kejadian itu berlaku di hadapan pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua di Rantau, Negeri Sembilan pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau semalam (13 April 2019).

— BebasNews

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.