[VIDEO] Super Junior D & E datang Malaysia 4 Mei

[VIDEO] Super Junior  D & E datang Malaysia 4 Mei

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Gabungan Donghae dan Eunyhuk yang turut dikenali sebagai SJ-D & E merupakan subunit kelima daripada kumpulan Super Junior. Subunit D & E ditubuhkan oleh pihak pengurusan S.M Entertainment pada tahun 2011.

BAGI peminat kumpulan Super Junior pasti merindui untuk menonton persembahan mereka di Malaysia. Kali terakhir kumpulan yang popular dengan lagu Mr. Simple itu mengadakan persembahan di tanah air adalah pada 13 Januari 2018 di Stadium Merdeka.

Terkini kumpulan tersebut akan mengadakan konsert di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 4 Mei depan. Kali ini hanya dua anggota sahaja yang akan hadir menjayakan Super Junior – D & E Concert In KuaLa Lumpur, iaitu Donghae dan Eunhyuk.

Kehadiran Donghae dan Eunyhuk ke Malaysia sebagai duo adalah sebahagian daripada siri konsert dunia kumpulan tersebut. Ini merupakan konsert pertama yang dijayakan oleh Donghae dan Eunyhuk di Malaysia.

MIC Entertainemnt selaku penganjur utama konsert telah mula menjual tiket untuk konsert Donghae dan Eunhyuk sejak 14 April lalu menerusi Tiket Charge (https://premier.ticketcharge.com.my/).

Selain pembelian dalam talian, tiket-tiket berharga RM688, RM588, RM488, RM388 dan RM238 juga boleh dibeli di beberapa kiosk yang telah ditetapkan.

Gabungan Donghae dan Eunyhuk yang turut dikenali sebagai SJ-D & E merupakan subunit kelima daripada kumpulan Super Junior. Subunit D & E ditubuhkan oleh pihak pengurusan S.M Entertainment pada tahun 2011 dengan single Oppa, Oppa.

Super Junior D & E baru saja tampil dengan album mini ketiga berjudul Danger dan Malaysia merupakan negara pertama yang akan mereka persembahan lagu-lagu daripada album tersebut.

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.