Aziz Bari nafi suaranya dalam klip audio tular kecam MB Perak

Aziz Bari nafi suaranya dalam klip audio tular kecam MB Perak
Gambar atas: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari (dua kanan) tidak mahu melayan persoalan berhubung video audio tular yang dikatakan mirip suara beliau mengkritik kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika dikerumuni pemberita di luar Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

 

Aziz berkata sekarang ini macam-macam tuduhan boleh dibuat oleh sesiapa dan yang terbaharu ini hanya sembang kedai kopi.

 

IPOH —Exco Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Abdul Aziz Bari hari ini menafikan bahawa klip audio yang menjadi tular sejak semalam ini kononnya suara beliau sedang mengkritik kepimpinan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bernama memetik beliau berkata, “Saya tidak tahu, ia (rakaman audio) tidak authentic (sahih).”

Beliau memberitahu pemberita pada satu sidang media di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh hari ini bahawa beliau tidak tahu dan tidak pernah mendengar rakaman audio berkenaan yang dianggap boleh dilakukan oleh sesiapa.

Aziz berkata sekarang ini macam-macam tuduhan boleh dibuat oleh sesiapa dan yang terbaharu ini hanya sembang kedai kopi.

Beliau juga mempertikaikan kenapa dirinya dikaitkan dengan klip audio itu.

“Kenapa diarahkan kepada saya sahaja, saya seorang sahajakah ada potensi untuk jadi menteri besar? Orang lain tidak? Banyak kali dah,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Faizal turut menafikan usaha untuk menggulingkan beliau dan seterusnya menegaskan bahawa hubungan beliau dengan 10 lagi exco DUN Perak baik.

Rakaman audio sepanjang 4 minit 22 saat yang tular sejak Rabu itu menzahirkan rasa kurang rasa puas hati seorang dengan apa yang didakwanya cara Ahmad Faizal mentadbir kerajaan negeri Perak selepas Pakatan Harapan menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Menurut satu sumber perkara ini bukan baharu atau mengejutkan tetapi hanya dipercayai oleh pihak-pihak tertentu yang tegar menafikan hubungan baik Ahmad Faizal dengan exco-exco Perak.

-BebasNews

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.