Gangguan bekalan air sehingga 86 jam di 577 kawasan di KL, Selangor

Gangguan bekalan air sehingga 86 jam di 577 kawasan di KL, Selangor

 

Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam, bermula 24 April, bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan.

PUTRAJAYA – Gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berkata, pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) itu perlu dibuat dengan segera untuk mencegah sebarang kerosakan atau risiko kegagalan sistem elektrik bagi mengelakkan gangguan bekalan air yang tidak terancang kepada pengguna.

“Kerja-kerja penambahbaikan akan bermula dari jam 9 pagi sehingga 11 malam iaitu selama 14 jam dan akan menyebabkan henti tugas di LRA SSP2.

“Henti tugas LRA SSP2 ini akan menyebabkan gangguan bekalan air sehingga 86 jam bergantung kepada lokasi dan kedudukan pengguna dengan sebanyak 620,835 akaun atau 4,143,465 pengguna di 577 kawasan akan terkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini (18 April 2019).

Santiago berkata, pihak Air Selangor akan mengambil langkah yang berkenaan dan berusaha untuk mengurangkan impak dan memendekkan tempoh gangguan bekalan air kepada semua pengguna yang terlibat.

“Antaranya adalah memberikan bantuan bekalan air melalui tangki lori air, tangki statik, pili awam, stesen pengisian air setempat dan agihan botol air minuman selain memastikan bantuan bekalan air dibekalkan ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan sebagainya,” katanya.

Santiago berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja penambahbaikan selesai dilaksanakan dan LRA SSP2 beroperasi semula.

“Air Selangor menjangka bahawa hampir 50 peratus daripada kawasan yang terjejas akan menerima bekalan air melalui paip dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Beliau berkata pengguna adalah dinasihati untuk menyimpan air yang mencukupi bagi tempoh gangguan bekalan air sementara itu dan disarankan menggunakan air secara berhemah untuk mengelakkan pembaziran.

Dalam satu mesej WhatsApp yang ditularkan, kawasan-kawasan yang bekalan air bakal terganggu ialah:

A. Tarikh/Tempoh masa gangguan: 9:00 pagi (24/4/2019) hingga 11:00 malam (26/4/2019)

Kawasan Terlibat: Alam Budiman, Bandar Putera, Bandar Putra Heights, Bukit Kemuning (Seksyen 32), Bukit Naga, Bulatan Batu 4-8 Jalan Bukit Kemuning, Desa Latania (Seksyen 36), Green Hill, Intekma Seksyen 7, Jalan Bukit Rimau, Jalan Samarinda (Taman Mesra Indah), Jalan Tepi Sungai, Jalan Yadi, Kg. Bukit Lanchong, Kg. Delek, Kg. Jawa, Kg. Kebun Bunga, Kg. Sungai Kandis, Kemuning Utama (Seksyen 33), Pinggiran Subang USJ 3, Seksyen 2, Seksyen 3, Seksyen 8, Seksyen 9, Seksyen 12, Seksyen 22, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Seksyen 29, Seksyen 30, Seksyen U8, Sungai Bertik, Sungai Udang, Taman AMG Batu 5 Bukit Kemuning, Taman Bukit Rimau, Taman Desa Kemuning, Taman Kandis Permai, Taman Maznah, Taman Putramas, Taman Subang Mas, Teluk Gadong Kecil, Teluk Pulai, UITM Puncak Alam, UITM Shah Alam Kampus Induk

B. Tarikh/Tempoh masa gangguan: 9:00 pagi (24/4/2019) hingga 11:00 pagi (27/4/2019)

Kawasan Terlibat: Aman Perdana, Bandar Baru Bukit Raja, Bandar Klang (Batu 1 – 3 Jalan Meru), Batu Belah dan Teluk Kapas, Berkeley/Eng Ann, Bukit Kapar, Bukit Kerayong, Felda Bukit Cerakah, Jalan Goh Hock Huat, Jalan Kapar Batu 1 – 5, Kg. Bukit Cerakah, Kapar, Kaw. Perindustrian Bukit Raja Selatan, Klang Sentral, Meru, Perepat, Sementa, Sungai Puloh, Sungai Putus

C. Tarikh/Tempoh masa gangguan: 9:00 pagi (24/4/2019) hingga 11:00 malam (27/4/2019)

Kawasan Terlibat: Ambang Botanik, Bandar Bestari, Bandar Botanik, Bandar Bukit Tinggi 1, Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Parkland, Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Berjaya Park, Bukit Kuda, Bukit Rimau, Glenmarie Cove, Glenn Cruise, Hospital Ampuan Rahimah, Jalan Dato’ Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kebun, Jalan Kem, Jalan Klang Banting, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Limbungan, Jalan Padang, Jalan Pelabuhan Utara, Jalan Raja Lumu, Jalan Raja Nong, Jalan Rajion, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Syahbandar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin, Jalan Tengku Kelana, Johan Setia, Kg. Budiman, Kg. Kastam, Kg. Keretapi, Kg. Lombong, Kg. Raja Uda, Kg. Pendamar, Kaw. Perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Ind. Park, Kota Pendamar, Lorong Tingkat & Rembau, Pandamaran, Pangsapuri Sri Perantau, Pelabuhan Utara, Persiaran Raja Muda Musa, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 2, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 3, Pulau Ketam, Seksyen 4, Seksyen 5, Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 10, Seksyen 11, Seksyen 13, Seksyen 14, Seksyen 15, Seksyen 16, Seksyen 17, Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 21, Seksyen 23, Seksyen 24, Seksyen 25, Seksyen 31, Seksyen U11,Seksyen U12, Setia Alam, Sungai Sireh, Taman Alam Impian, Taman Bayu Mas, Taman Bayu Perdana, Taman Bayu Tinggi, Taman Berembang, Taman Bijaya Kg. Jawa, Taman Chi Liung, Taman Desawan, Taman Gembira, Taman Klang Jaya, Taman Palm Groove, Taman Pendamar Indah, Taman Petaling Indah, Taman Radzi Teluk Gadong Besar, Taman Samudera, Taman Selatan, Taman Sentosa, Taman Sri Andalas, Taman Suria Pendamar, Teluk Gedong Indah, Westport, Wisma Polis Marin Pulau Indah

http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/04/18/gangguan-bekalan-air-sehingga-86-jam-di-577-kawasan-di-kl-selangor/

— Bernama

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.