Al-Awfar baharu Bank Islam: Peluang menang hadiah lumayan

Lebih 10,000 pemenang, lebih RM14 juta untuk dimenangi

Al-Awfar baharu Bank Islam: Peluang menang hadiah lumayan
(GAMBAR) DARI kiri: Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Muazzam Mohamed; Penolong Pengurus Besar, Deposit dan Pengurusan Tunai, Asmarizal Ahmad; Ketua Perbendaharaan, Adi Asri Baharom; dan Ketua Pegawai Operasi, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff bersama-sama melancarkan ‘Al-Awfar Baharu’ di Kuala Lumpur pada 18 April 2019.

 

Oleh FAIZAL ZAKARIA

Al-Awfar merupakan akaun pelaburan berisiko rendah yang berdasarkan konsep Mudarabah, di mana dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi memastikan pelaburan yang kukuh.

KUALA LUMPUR – Bank Islam Malaysia Bhd. (Bank Islam) baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-10 produk Al-Awfar dengan mengumumkan beberapa pembaharuan terhadap produk tersebut.

Dikenali sebagai Al-Awfar Baharu, akaun pelaburan ini memberi tawaran yang lebih menarik kepada para pelanggannya termasuklah peningkatan dalam jumlah nilai hadiah sehingga RM14 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, sejak 10 tahun produk itu diperkenal, Al-Awfar telah melahirkan 23 orang jutawan.

“Sehingga kini, Bank Islam telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan. Kami mencapai rekod prestasi baik dengan saiz dana berjumlah RM2.45 bilion iaitu sebanyak 771,496 akaun.

“Dengan Al-Awfar baharu ini, kami menjangkakan peningkatan prestasi dana dengan sasaran pertumbuhan berjumlah RM800 juta serta 230,000 pelanggan baharu dalam tahun 2019 ini.

“Berdasarkan sambutan yang memberangsangkan ini, kami mengambil keputusan untuk menambah baik produk ini. Kami memperbaharui struktur hadiah cabutan dan kami meningkatkan jumlah nilai hadiah dari RM10 juta kepada lebih RM14 juta.

“Dengan kata lain, kami dapat mencari lebih ramai pemenang dan menawarkan hadiah-hadiah lebih lumayan” katanya dalam satu kenyataan hari ini (18 April 2019).

Sebagai rekod, Bank Islam menjadi perintis dalam perbankan Islam dengan menawarkan produk inovatif akaun pelaburan Al-Awfar pada 25 Mac 2009.

Ia merupakan akaun pelaburan berisiko rendah yang berdasarkan konsep Mudarabah, di mana dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Perumahan dan Aset Tetap sedia ada bagi memastikan pelaburan yang kukuh.

Al-Awfar bukan sahaja terbuka kepada individu, malah bukan individu – entiti perniagaan, persatuan, badan agama, sekolah, universiti, kelab dan pertubuhan juga layak membuka akaun ini.

Hadiah untuk cabutan istimewa setengah tahunan berupa kereta Mercedes C200 Avantgarde, kereta Honda Civic, pakej percutian atau umrah, dan telefon pintar.

Cabutan suku tahunan pula terbahagi kepada dua kategori iaitu Jutawan dan Al-Awfar Junior di mana pemenang berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM1 juta, manakala kategori Al-Awfar Junior untuk pelanggan yang berusia 18 tahun ke bawah berpeluang memenangi hadiah menarik jenama Apple seperti iMac, Macbook Pro, iPhone dan wang saguhati.

Pelanggan juga berpeluang memenangi hadiah melalui cabutan bulanan berupa wang tunai.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:
1) Baki purata bulanan sebanyak RM100.00 untuk layak bagi cabutan bulanan.
2) Baki purata selama tiga bulan sebanyak RM100.00 untuk layak bagi cabutan suku tahunan junior.
3) Baki purata selama tiga bulan sebanyak RM1,000.00 untuk layak bagi cabutan suku tahunan jutawan.
4) Baki purata selama enam bulan sebanyak RM10,000.00 untuk layak bagi cabutan setengah tahun.

“Pada masa yang sama juga, Bank Islam masih meneruskan lagi cabutan bulanan kempen ‘Jom Pindah Gaji’ sehingga Disember 2019.

“Kami menawarkan jumlah nilai wang tunai RM100,000 kepada 13 pemenang setiap bulan. Pelanggan hanya perlu memindahkan gaji ke Bank Islam untuk layak menyertai cabutan ini yang terbuka kepada kakitangan kerajaan dan semua agensi di bawahnya,” kata Mohd. Muazzam.

Bagi pelanggan sedia ada dan baharu Al-Awfar, urusan tambah pelaburan dan buka akaun boleh dibuat menerusi perbankan Internet, kaunter cawangan Bank Islam dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) serta melalui mesin deposit tunai (CDM).

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.