[PUISI] Protes…

0
33

 

Oleh Zaini Ujang

betapa waktu semakin suntuk untuk mengurangkan impak pemanasan bumi tanpa sebarang rasa bersalah untuk bersegera memadamkan kehangatan yang semakin mengancam kelangsungan seluruh peradaban manusiawi!

Mereka bertebaran di kota London melaungkan protes kerana pemimpin, pentadbir, pedagang dan pengguna masih sibuk dengan isu remehan tetapi alpa, bahkan tidak memberi keutamaan betapa suhu bumi semakin panas, tanpa ada kesungguhan politik untuk melakukan tindakan segera melestari;

betapa tahap pelepasan karbon begitu membuak-buak menerusi pembakaran bahan api fosil tanpa perancangan dan langkah pengurangan drastik yang boleh diyakini;

betapa kadar pencemaran di serata dunia semakin memudaratkan seluruh ekosistem tanpa ada kesepakatan yang harmoni;

betapa waktu semakin suntuk untuk mengurangkan impak pemanasan bumi tanpa sebarang rasa bersalah untuk bersegera memadamkan kehangatan yang semakin mengancam kelangsungan seluruh peradaban manusiawi!

Protes ini protes lestari
Mendesak setiap pihak bukan sahaja di kota London bertindak segera melestari bumi!

Stockholm, Sweden
18 April 2019

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157220436834948&id=783489947

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here