Tiada rakyat Malaysia terbunuh dalam letupan di Colombo – Wisma Putra

Tiada rakyat Malaysia terbunuh dalam letupan di Colombo – Wisma Putra
(GAMBAR) Anggota pasukan keselamatan Sri Lanka memeriksa kawasan di mana mayat ditemui selepas sebiji bom meletup di dalam gereja St. Anthony’s Shrine di Kochchikade, Colombo di Sri Lanka pada 21 April 2019. – Gambar ISHARA S. KODIKARA / AFP

 

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata setakat 1.30 tengah hari waktu Malaysia, tiada rakyat negara ini dilaporkan tersenarai sebagai antara yang maut. Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu.

PUTRAJAYA – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam beberapa kejadian letupan di Colombo, Sri Lanka hari ini (21 April 2019).

Pengesahan itu susulan laporan letupan di beberapa lokasi termasuk gereja di ibu negara Sri Lanka berkenaan iaitu di Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan sebuah gereja di Batticaloa.

Kejadian kira-kira 8.30 pagi waktu tempatan itu dilaporkan mengorbankan sekurang-kurangnya 157 nyawa.

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata setakat 1.30 tengah hari waktu Malaysia, tiada rakyat negara ini dilaporkan tersenarai sebagai antara yang maut.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan itu dan berharap mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah tersebut akan dihadapkan ke muka pengadilan,” demikian kata Wisma Putra.

Kementerian Luar turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di kawasan berdekatan agar berhati-hati serta mengikuti perkembangan terkini menerusi laporan berita tempatan dan juga pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo sedang memantau rapi situasi.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut atau sebarang bantuan boleh ke suruhanjaya itu di 45, Rosmead Place Colombo 07, Sri Lanka atau melalui talian 00-(94) 11 755 7711 (pejabat)/00-(94) 76 677 4445 /00-(94) 76 398 8777 serta e-mel [email protected]

http://bernama.com/bm/am/news.php?id=1718683

— Bernama

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.