10 Exco Johor termasuk tiga Exco baharu angkat sumpah

0
33
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bergambar bersama EXCO Johor selepas majlis angkat sumpah di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. - Foto ihsan Royal Press Office
(GAMBAR) SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan bergambar bersama EXCO Johor selepas majlis angkat sumpah di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene. – Foto ihsan Royal Press Office

 

Tiga Exco baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon. Dua Exco sebelum ini iaitu Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Tan Hong Pin (Skudai) digugurkan.

JOHOR BAHRU: Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Exco) mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, pagi ini (22 April 2019).

Menerusi entri terbaru di laman Facebook Sultan Ibrahim, istiadat pelantikan berkenaan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini.

Pada majlis sama, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada Menteri Besar Johor, Dr Sahruddin Jamal yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 pada 14 April lalu.

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang mengangkat sumpah ialah Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar), Jimmy Puah Wee Tse (Bukit Batu), Dr S Ramakrishnan (Bekok), Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah).

Turut mengangkat sumpah, Sheikh Omar Ali (Paloh), Tan Chen Choon (Jementah), Mohd Solihan Badri (Tenang), Tosrin Jarvanthi (Bukit Permai) dan Liow Cai Tung (Johor Jaya).

Tiga Exco baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon.

Dua Exco sebelum ini iaitu Mazlan Bujang (Puteri Wangsa) dan Tan Hong Pin (Skudai) digugurkan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/555734/10-exco-johor-angkat-sumpah

— Berita Harian

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here