ECRL mengapa U-Turn? Sebab musabahnya di sini!

ECRL mengapa U-Turn? Sebab musabahnya di sini!

 

Oleh MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM

Sekarang jajaran ECRL melalui Negeri Sembilan, yang mana Menteri Pengangkutan ialah Anthony Loke yang merupakan Ahli Parlimen Seremban. Seterusnya jajaran ini melalui Putrajaya yang merupakan ikon Tun Mahathir.

HARI ini dalam Sin Chew Daily,memaparkan satu tajuk berita:”ECRL mengapa U-Turn? Sebab musabahnya di sini!

Ia memaparkan pertemuan akbar Sin Chew Daily dengan Tun Daim tentang mengapa pula ECRL disambung kembali.

Seperti Mahathir, setiap ungkapan akan menyalahkan Najib. Ia ditiru oleh Daim dengan meletakkan kesalahan kepada Najib, namun akhirnya mengambil “kredit” sendiri.

Tun Daim mengatakan pilihan jajaran utara yg melalui Bentong-Gombak telah menyebabkan kos menjadi RM65.5 bilion. Tetapi Daim memilih jajaran selatan dgn mengecilkan skop kerja maka nilai kontrak jadi RM44 bilion.

Sebab itu Tun Daim mengatakan keputusan DS Najib adalah SALAH, tetapi Daim buat BETUL.

Benda boleh salahkan Najib, tepat sekali dengan ayat yang viral sekarang.

Siapa yang akan kata, “aku salah, kau benar?”. Kini Tun Daim pula bercakap bagi pihak kerajaan sekarang.

Maka untuk menjustifikasikan U-Turn maka terpaksalah membuat pelbagai alasan dan mencari kambing hitam.

Daim meletakkan kesalahan BESAR Najib kerana TIDAK MAHU mendengar nasihat EPU yg menasihatkan jajaran selatan berbanding jajaran utara.

DS Najib pula tidak menganggap kos RM65.5 bilion itu terlalu tinggi kerana impak terhadap projek ini boleh dibayar secara “indirect” melalui limpahan ekonomi dan pembangunan setempat.

Tetapi Tun Daim melihat kos RM65.5 itu terlalu tinggi disebabkan oleh dotrin Mahathir yang memberhentikan projek itu kerana negara “tak ada duit”.

Dari dua perspektif yang berbeza, cuma Tun Daim boleh bercakap apa saja sekarang kerana ada “back up”. Tidak bagi DS Najib yang telah tiada kuasa, kecuali kuasa rakyat dan kuasa media sosial.

Memang dalam setiap projek, kita akan membuat beberapa cadangan. Kerja-kerja ground works akan dilakukan oleh pihak jurutera perunding.

Ini saya amat maklum, kerana saya seorang jurutera awam. Malah pernah terlibat dalam beberapa projek mega sebelum ini. Selain itu, saya pernah berada dalam Contracts Department yang membuat proposal dan menilai harga tender dari pelbagai pihak.

Namun keputusan akan dibuat oleh pihak eksekutif. Dalam sesebuah syarikat, kuasa penentu ini biasanya terletak pada Pengarah Urusan.

Dalam sebuah projek mega yang dipunyai oleh kerajaan, kuasa eksekutif utk membuat keputusan terletak pada Perdana Menteri.

Setelah Perdana Menteri membuat penilaian dan membuat keputusan, sudah tentulah faktor keputusannya tidak sama dengan rumusan oleh EPU atau jurutera perunding.

Tetapi Tun Daim mengambil “point” ini untuk menyalahkan DS Najib.

Biasanya EPU dan jurutera perunding akan menilai dari sudut kejuruteraan, teknik pelaksana, special construction method/technical items, construction management, kos pelaksanaan.

Manakala pada bahagian yang lain akan menilai dari sudut traffic flow, impact on social due to implementation of ECRL, impact on transportation for both Port Klang and Kuantan Port.

Pada bahagian yang lain akan mengkaji tentang pembangunan setempat dalam jajaran ini.

Kembali kepada persoalan pokok, memang dari awal kerja-kerja untuk menentukan jajaran semasa preliminary feasibility studies telah membuat dua cadangan.

Iaitu jajaran utara dengan melalui Bentong dan Gombak dengan membina terowong.

Jajaran selatan melalui Negeri Sembilan.

Keputusan oleh DS Najib dahulu juga harus mengambil faktor politik yang tidak dirumuskan oleh EPU atau jurutera perunding.

Perlu diingat, semasa ECRL dirundingkan ketika itu Menteri Pengangkutan ialah DS Liow Tiong Lai, yang merupakan Ahli Parlimen Bentong.

Sesiapa saja yang duduk di kerusi itu akan mengutamakan tempat sendiri.

Sekarang jajaran ECRL melalui Negeri Sembilan, yang mana Menteri Pengangkutan ialah Anthony Loke yang merupakan Ahli Parlimen Seremban.

Seterusnya jajaran ini melalui Putrajaya yang merupakan ikon Tun Mahathir.

Oleh itu faktor politik ini amat dekat dengan pembuat dasar, kerana mereka adalah ahli politik.

Selain itu, tawaran diberikan kepada China utk membina ECRL juga terletak pada “side arrangement” di mana China bersetuju untuk membeli minyak sawit Malaysia tanpa had. Ini akan menstabilkan harga minyak sawit.

Setelah ECRL dihentikan oleh Tun Mahathir, China mengalih pembelian minyak sawit dari Indonesia.

Oleh kerana ECRL dirundingkan G2G, maka sebab itulah pinjaman dari EXIM Bank cuma dikenakan 3.25% dan terdapat grace period 7 tahun semasa pembinaan tidak dikenakan faedah atau membayar balik.

Kalau dikira dengan kerugian negara dan pekebun kecil atau syarikat perladangan disebabkan kejatuhan harga minyak sawit selama berbulan-bulan ini, kerugian “tidak langsung” mungkin menyamai “kos penjimatan” ECRL.

Dlm erti kata yang ringkas, jika kerajaan sekarang mengatakan dapat berjimat RM21.5 billion dengan membuat penjajaran baharu, maka nilai kerugian secara tak langsung oleh pengurangan harga minyak sawit juga RM21.5 billion atau lebih.

Jadi dari perspektif ahli ekonomi akn ukur secara indirect, namun orang kebanyakan akan melihat secara direct apa yg berlaku di depan mata.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2185556161513460&set=a.261650287237400&type=3&theater

https://www.facebook.com/hisemudin/posts/2185556354846774

PENAFIAN: Tulisan ini merupakan pendapat penulis dan tidak mencerminkan pandangan secrta pendirian BebasNews.my

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.