Pelantikan EXCO keputusan PH Johor

0
1
Gambar atas: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir merasmikan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 bertemakan ‘Memartabatkan Hak Orang Asli’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. Turut sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy. –fotoBERNAMA

 

Perdana Menteri berkata keputusan bagi pelantikan EXCO bukan dipengaruhi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

 

PUTRAJAYA — Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor yang baharu adalah keputusan Pakatan Harapan (PH) Johor, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, keputusan bagi pelantikan EXCO terbabit juga bukan dipengaruhi oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

“Ia keputusan (pelantikan EXCO baharu) adalah (diputuskan) PH Johor,” katanya ketika ditemui media selepas melancarkan Konvensyen Orang Asli Kebangsaan 2019 di sini, hari ini.

Majlis pelantikan EXCO Johor berlangsung pagi tadi di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di Johor Bahru yang secara tradisinya dilakukan di hadapan Sultan Johor.

Berdasarkan Facebook Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi, tiga EXCO muka baharu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi; ADUN Tenang, Mohd Solihan Badri dan ADUN Jementah, Tan Chen Choon.

Dua EXCO sah digugurkan ialah ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Skudai, Tang Hong Pin.

Pada 14 April lalu, ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-17 menggantikan Datuk Osman Sapian.

-Berita Harian
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here