Kementerian Kewangan luluskan 49 projek bernilai RM2.28b di Sandakan

Kementerian Kewangan luluskan 49 projek bernilai RM2.28b di Sandakan

 

Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan secukupnya di Daerah Sandakan agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur Negeri Sabah.

BERIKUT adalah kenyataan media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bertajuk “KERAJAAN PERSEKUTUAN TELAH MELULUSKAN 49 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM2.28 BILION DI DAERAH SANDAKAN, SABAH DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT“, yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini (23 April 2019).

Kerajaan terus memberi penekanan yang serius ke atas pembangunan di Daerah Sandakan yang merupakan bandar kedua terbesar di Negeri Sabah, meliputi kawasan Parlimen Sandakan, Batu Sapi, dan Libaran, untuk terus mendapat kemudahan terbaik daripada Kerajaan.

Kesejahteraan ekonomi yang berterusan adalah sasaran utama yang bakal memanfaatkan hampir 400 ribu penduduk di Daerah Sandakan.

Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan secukupnya di Daerah Sandakan agar pembangunan ekonomi terus berkembang sebagai salah satu pusat perniagaan yang berdaya maju di sebelah timur Negeri Sabah.

Peruntukan Pembangunan yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM183 juta bagi tahun 2019 bagi membiayai lebih daripada 49 projek dan program yang sedang dan akan dilaksanakan dengan jumlah kos keseluruhan mencecah RM2.28 bilion (lihat Lampiran).

Oleh itu, antara projek yang dikenal pasti bagi manfaat rakyat adalah Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip di Daerah Sandakan yang dianggarkan bernilai RM40 juta, bakal memperbaiki sistem saliran dan menaik taraf sungai di Sandakan.

Kerajaan juga telah meluluskan projek pembesaran Lapangan Terbang Sandakan bernilai RM80 juta melibatkan antara lain pemanjangan landasan dan penambahbaikan apron bagi meningkatkan keupayaan lapangan terbang tersebut.

Selain itu, beberapa projek lain bagi peningkatan kedudukan ekonomi di Daerah Sandakan terus diberi penekanan merangkumi projek-projek bagi industri berasaskan minyak dan kelapa sawit serta penyediaan kemudahan jaringan pengangkutan yang bakal merancakkan lagi ekonomi setempat.

http://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/5122-siaran-media-kerajaan-persekutuan-telah-meluluskan-49-projek-pembangunan-bernilai-rm2-28-bilion-di-daerah-sandakan,-sabah-demi-kesejahteraan-rakyat.html

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.