Pameran lukisan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia

Pameran lukisan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia
(GAMBAR) Kedai pop-up (kedai sementara) Doraemon kini di buka di klia2, Sepang sehingga 28 April selepas majlis perasmian kedai tersebut pada 23 April 2019.

 

Sebanyak 30 figura patung Doraemon bersaiz manusia diletakkan di kawasan sekitar kedai berkenaan. Pembukaan kedai sementara itu bermula Khamis lalu hingga 28 April ini turut menjual pelbagai jenis cenderahati termasuk edisi terhad.

SEPANG – Balai Seni Lukis Negara bercadang mengadakan pameran lukisan bertemakan kartun animasi terkenal Jepun, Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Pengerusinya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata pameran lukisan berkenaan secara tidak langsung dapat mempromosikan Malaysia pada mata dunia.

Beliau berkata, Doraemon mempunyai ramai peminat di seluruh negara dan ia secara tidak langsung menjadi daya penarik pelancong luar datang ke negara ini.

“Kita akan lihat bagaimana Malaysia dan Jepun dapat bekerjasama dalam hal ini, mungkin akan adakan pameran lukisan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Peminat Doraemon bukan saja dalam kalangan kanak-kanak, tetapi juga pelbagai usia kerana kita tahu kartun berkenaan turut mempunyai nilai positif dalam setiap ceritanya,” katanya berucap merasmikan kedai Doraemon yang pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, hari ini (23 April 2019).

Sebanyak 30 figura patung Doraemon bersaiz manusia diletakkan di kawasan sekitar kedai berkenaan. Pembukaan kedai sementara itu bermula Khamis lalu hingga 28 April ini turut menjual pelbagai jenis cenderahati termasuk edisi terhad.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/539684/pameran-lukisan-doraemon-sempena-tahun-melawat-malaysia

— Berita Harian

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.