[VIDEO] Allah Tuhanmu, bukan bosmu!!

0
30

ALLAH TUHANMU, BUKAN BOSS-MU!

SEGELINTIR seperti sudah bertukar TUHAN!

“Aku sembahmu wahai majikanku yang memberiku gaji dan rezeki! Demi melaksanakan kerja yang engkau arah, Aku sanggup bangun awal pagi ke pejabat tanpa perlu tunaikan solat Subuh. Aku sanggup abai solat zohor kerana sibuk siapkan arahan kerjamu…aku sanggup buat yang haram kerana arahanmu…..kerana aku rasa bukan Allah yang beriku rezeki…tapi engkau wahai bosku!”

Ingat! Bukan majikan atau bos yang BERI KITA MAKAN. Mereka hanya perantara.

Jika Allah mahu runtuhkan kerajaan mereka, maka hilanglah tempat kita bergantung.

Oleh itu bergantunglah pada PEMBERI REZEKI YANG SEBENAR! Hadam ayat ini!

  وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ (56) مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ (57) إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ (58)

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku (seperti solat wajib). Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaan-Nya,” (al-Dhariyat 51:57-58).

Hadam juga hadith Qudsi ini:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : « إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ : يَا ابْنَ آدَمَ ؛ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي امْلأْ صَدْرَكَ غِنَىً ، وَأَسُدَّ فَقْرَكَ ، وَإِلاَّ تَفْعَلْ مَلأْتُ صَدْرَكَ شُغْلاً ، وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ » .

Nabi bersabda bahawa Allah berfirman: “Wahai anak Adam! Luangkan masa untuk menyembah-ku! Aku pasti akan penuhi dadamu (hati jantungmu) dengan kekayaan (rasa cukup) dan Aku tutup kefaqiranmu (rasa harap pada manusia). Jika kamu tidak buat demikian (beribadat pada-Ku), Aku akan penuhi hati jantungmu (dengan ) kesibukan dan Aku tidak tutup kefaqiranmu,” (Musnad Ahmad, Sunan Tirmizi & Sunan Ibn Majah)

Semua yang ada pada kita milik Allah, maka kembalikan kegunaannya HANYA UNTUK ALLAH:

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ (161) قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (162) لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ (163)

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah dia daripada orang musyrik”. Katakanlah: “Sesungguhnya solatku,  ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.  Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama – (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)”  (al-An’am 6:161-163).

Semoga Allah selamatkan kita dari MUSIBAH TERSILAP SEMBAH TUHAN!!

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here