[VIDEO] Ezuwan lancar koleksi baju raya Rindu Lebaran

0
37

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Saya suntik elemen baharu selari dengan cita rasa zaman IT menerusi penggunaan fabrik daripada broked lace, linen dan French lace yang ditambah dengan perincian minimalis sesuai untuk kelesaan beraya di desa dan di kota.

SELAIN melancarkan single baharu, Ezuwan yang sudah sembilan tahun menceburi dunia fesyen turut memperkenal koleksi raya untuk pentas fesyen Gaya Koleksi Raya 2019 anjuran Andrewsmodel Malaysia.

Istimewanya koleksi dan single raya itu dinamakan sebagai Rindu Lebaran.

“Sesuatu yang manis untuk saya kenang bagi bidang fesyen serta nyanyian yang baru disertai. Saya anggap ia sejarah peribadi buat diri.

“Saya dapat ilham menamakan koleksi raya kali ini dengan nama Rindu Lebaran selepas merakamkan lagu dengan komposer S Atan,” katanya.

Pada 14 April baru-baru ini, kumpulan E1 yang dianggotai Ezuwan Ismail, Zulyasrani dan Ariff Imran sekali lagi tampil dengan single baharu, Rindu Lebaran.

Lagu ciptaan komposer S. Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa itu dirakam di sebuah studio di Cheras, 5 Mac lalu.

Pada 15 Februari lalu, trio tersebut telah melancarkan single pertama mereka, Semalam Saja.

Bercerita lanjut mengenai koleksi rayanya kali ini, Ezuwan mereka 28 pasang pakaian.

“24 daripadanya untuk perempuan dan selebihnya untuk lelaki. Untuk koleksi ini, saya membawa kembali rekaan kurung tradisional, kurung pesak gantung, kebaya dan kurung Kedah.

“Saya suntik elemen baharu selari dengan cita rasa zaman IT menerusi penggunaan fabrik daripada broked lace, linen dan French lace yang ditambah dengan perincian minimalis sesuai untuk kelesaan beraya di desa dan di kota.

“Terdapat pelbagai pilihan dalam warna pastel seperti merah jambu, biru firus, kuning gading dan juga warna pekat seperti merah senduduk, hijau zamrud dan hitam kumbang.

“Koleksi untuk lelaki terdiri daripada rekaan baju Melayu Johor dengan penggunaan fabrik bercorak kekotak dan garis vertikal daripada fabrik linen serta kapas dengan padanan warna pastel,” katanya pada pelancaran lagu Rindu Lebaran berkenaan.

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here