Lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan ke Moscow, Rusia 22-25 April

Lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan ke Moscow, Rusia 22-25 April

 

Mengadakan pertemuan bersama pihak syarikat Rostec Corporation dan Irkut Corporation selain membuat lawatan ke syarikat-syarikat industri pertahanan lain di Rusia. Memberikan ucapan pada 8th Moscow Conference on International Security (MCIS)

BERIKUT adalah kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia berhubung LAWATAN RASMI YB MENTERI PERTAHANAN KE MOSCOW, RUSIA PADA 22 HINGGA 25 APRIL 2019 :

Menteri Pertahanan Malaysia, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia selama empat hari bermula 22 hingga 25 April 2019 sebagai memenuhi jemputan negara tersebut.

Ketika di Moscow, YB Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan rasmi dengan rakan sejawat beliau, Jeneral Sergei Shoigu, Menteri Pertahanan Persekutuan Rusia. Pada pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan spektrum kerjasama pertahanan khususnya berkaitan aspek latihan bersama dan pemindahan teknologi pertahanan di antara kedua-dua negara.

Semasa lawatan ini, YB Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan bersama pihak syarikat Rostec Corporation dan Irkut Corporation selain membuat lawatan ke syarikat-syarikat industri pertahanan lain di Rusia.

Pada lawatan ini juga, YB Menteri Pertahanan bakal memberikan ucapan bertajuk The Aftermath of ISIS Defeat in Syria and Iraq, Its Implications pada 8th Moscow Conference on International Security (MCIS).

Lawatan kerja rasmi ke Moscow, Rusia ini dilihat sebagai salah satu platform penting bagi menjelaskan lagi komitmen dalam mengukuhkan jaringan kerjasama dan industri pertahanan antara kedua-dua negara.

Delegasi Malaysia turut disertai Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Duta Besar Malaysia ke Rusia Datuk Mat Dris bin Yaacob, Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Lt Jeneral Dato’ Sheikh Mokhsin bin Sheikh Hassan dan pegawai kanan daripada Kementerian Pertahanan.

— BebasNews.my

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.