[VIDEO] Fina tak seiring Ayda Jebat

[VIDEO] Fina tak seiring Ayda Jebat

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Cemburu dengan Ayda? Tak pernah pun. Saya cuma nak menyanyi saja kerana itu minat saya dan sebab itu saya menyanyi di Hard Rock sebagai punca pendapatan. Tak tahulah kalau ke depan berubah pula minat saya nak jadi penyanyi popular.

ORANG lain masuk program realiti hiburan sebab nak menjadi artis popular dan menghasilkan album tetapi bagi Nur Syafinaz Jebat lain pula ceritanya.

Nur Syafinaz atau lebih dikenali sebagai Fina, 26, pemenang tempat ketiga program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) tidak bercita-cita ke arah itu.

Penglibatannya dalam bidang seni sura hanya bergantung kepada single Menangis Lagi yang dihasilkan seiring dengan penampilannya sebagai finalis AF9 yang diterbitkan pada 2011.

Fina yang ditemui pada majlis pelancaran produk suplemen Vitalicia Supermodel Glow baru-baru ini berkongsi cerita kenapa beliau tidak mengikut jejak langkah kakaknya, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Katanya, beliau selesa dengan kehidupan sekarang iaitu menyanyi di pusat hiburan Hard Rock Cafe, Melaka sejak tiga tahun lalu.

“Saya selesa menyanyi di Hard Rock kerana sekurang-kurangnya saya ada pekerjaan tetap. Saya menyanyi di situ bersama dengan kumpulan After Dark.

“Setiap orang ada sasaran tersendiri dan saya pula suka dengan apa yang saya lakukan sekarang. Kalau orang lain nak kejar buat lagu biarlah. Bagi saya kalau ada rezeki lagi rakam lagu, tak akan ke mana,” katanya.

Malah jujurnya Fina memberitahu yang beliau sedikitpun tidak rasa cemburu dengan Ayda yang sama-sama menyertai AF9 lebih popular berbanding dirinya.

Fina percaya setiap orang ada bahagian rezeki masing-masing dan baginya pula, beliau lebih mengutamakan keselesaan kehidupan peribadi.

“Cemburu dengan Ayda? Tak pernah pun. Saya cuma nak menyanyi saja kerana itu minat saya dan sebab itu saya menyanyi di Hard Rock sebagai punca pendapatan.

“Tak tahulah kalau ke depan berubah pula minat saya nak jadi penyanyi popular. Sebenarnya saya lebih selesa menjadi orang biasa kerana bebas untuk pergi ke mana saja,” akuinya.

Kata Fina, biarpun tugas hakikinya menyanyi di pusat hiburan, namun beliau bebas untuk menjayakan pelbagai undangan persembahan di luar.

Dek kerana kebebasan itu jugalah Fina mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan sejak sebulan lalu.

Buat masa sekarang Fina hanya menjual pelbagai jenis seluar jeans, Fyna Jeans di Hang Tuah Mall, Melaka.

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

One Response to "[VIDEO] Fina tak seiring Ayda Jebat"

  1. Paan  27/04/2019 at 7:40 am

    Dia ni masa kat AF degil, x nak terima teguran guru

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.