Istana nafi penglibatan Raja Muda Selangor

0
82

 

Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Tengku Amir Shah dalam program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota seperti yang tular dalam media sosial. Penggunaan gambar Tengku Amir juga tanpa kebenaran pihak Istana Selangor.

SHAH ALAM – Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam program Santai Teh Tarik bersama empat Putra Mahkota seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam (27 April 2019).

Setiausaha Sulit kepada Raja Muda Selangor, Saidatul Asyikin Muhammad Johar berkata, penggunaan gambar Tengku Amir juga tanpa kebenaran pihak Istana Selangor.

“Pejabat Raja Muda Selangor menafikan penglibatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah dalam program Santai Teh Tarik Bersama 4 Putra Mahkota seperti tertera dalam poster yang tular baru-baru ini.

“Penggunaan gambar Raja Muda Selangor tanpa kebenaran rasmi pihak Istana Selangor juga amatlah dikesali,” katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook Selangor Royal Office di sini, hari ini (28 April 2019).

https://www.facebook.com/selangorroyaloffice/photos/a.253875391772315/570143066812211/?type=3&theater

Menurutnya, rakyat diingatkan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat palsu yang mengelirukan tanpa pengesahan rasmi Istana.

Terdahulu, tular gambar poster Program Santai Teh Tarik bersama 4 Putra Mahkota yang dijadualkan jam 5.30 petang esok (29 April 2019) di Mahkota Parade, Melaka.

Poster yang turut memaparkan gambar Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Mahkota Johor itu menjemput orang ramai hadir memeriahkan sesi minum petang bersama empat orang Putra Mahkota termasuk swafoto.

Bagaimanapun, gambar seorang lagi Tengku Mahkota tidak dipaparkan dalam poster tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/25697/EDISI/Selangor-KL/Istana-nafi-penglibatan-Raja-Muda-Selangor

— Sinar Harian

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here