Koleksi baju raya Elfira Loy x MC Vouge

Koleksi baju raya Elfira Loy x MC Vouge

 

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

Tahun lalu, musim raya saya buat jenama sendiri dan tampil dengan banyak rekaan. Saya jadi tak pasti mana yang disukai ramai dan sebaliknya sebab susah nak fokus. Belajar daripada pengalaman itulah saya cakap pada MC Vouge nak keluarkan empat rekaan saja.

SELEPAS tiga kali perjumpaan dengan pihak MC Vouge yang diusahakan oleh Teff dan May, Elfira terus bersetuju untuk bekerjasama dengan pasangan suami isteri tersebut.

Melalui kerjasama itu tercetuslah idea untuk menzahirkan empat rekaan baju raya Elfira Loy X MC Vouge yang ditampilkan dalam 12 warna bagi setiap rekaan.

“Kenapa saya nak bekerjasama dengan MC Vouge? MC Vouge banyak baju kasual yang ringkas dan boleh dipakai untuk penggambaran drama. Saya kenal dari situ dan saya sudah tahu pasarannya besar mana dan siapa sasaran penggunanya.

“Rekaan untuk raya ini memang idea asal daripada saya dan mereka. Tak ambil masa yang lama sebab MC Vouge dah tahu apa yang orang ramai perlu untuk raya. Mereka dah tampilkan rekaan dan kain apa yang mereka nak. Selepas itu saya akan masukkan sentuhan peribadi saya terhadap rekaan tersebut,” jelasnya selepas majlis prapelancaran koleksi raya Elfira Loy X MC Vouge di ibu kota pada 25 April 2019 lalu.

Untuk rekaan Elfira Loy X MC Vouge, harga yang ditetapkan adalah di bawah RM300.

Kata Elfira kolaborasi tersebut hanya menampilkan empat rekaan saja.

“Tahun lalu, musim raya saya buat jenama sendiri dan tampil dengan banyak rekaan. Saya jadi tak pasti mana yang disukai ramai dan sebaliknya sebab susah nak fokus.

“Belajar daripada pengalaman itulah saya cakap pada MC Vouge nak keluarkan empat rekaan saja,” katanya untuk kerjasama tersebut semua kos dikeluarkan oleh MC Vouge.

Jelasnya, rekaan yang diketengahkan adalah ringkas dan mudah yang boleh dipakai selain musim raya.

“Apa yang saya tahu bila raya orang suka pakai rekaan yang tak terlalu sarat atau kreatif sebab orang lebih suka yang simple. Bukan hanya untuk raya tapi boleh pakai untuk pergi kerja juga.

“Saya juga dapat tahu yang baju raya ini kadang-kadang boleh dipakai pada hari pertunangan atau jadi pengapit pengantin,” kata Elfira yang kini hamil selepas empat bulan mendirikan rumah tangga

Baju-baju kolaborasi raya ini boleh dibeli di seluruh butik MC Vouge. Kalau tak silap saya ada 10,000 pasang yang dikeluarkan,” katanya.

— BebasNew.my

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.