Adinda Tunku Mahkota Johor bakal bertanding PRU-15?

0
132

 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Tunku Idris memuat naik Instagram Story berkenaan kerana semakan pada laman Instagram miliknya mendapati tiada sebarang kenyataan seumpama itu dimuat naik. Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Istana Johor.

TULAR dalam media sosial mengenai gambar tangkap layar dari Instagram rasmi Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim yang memberi gambaran mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sejak pagi hari ini (29 April 2019), gambar dipercayai daripada Instagram Story Tunku Idris itu mula tersebar dalam laman sosial dengan gambar tangkap layar pertama memaparkan Tunku Idris berpakaian rasmi Diraja berserta keterangan ‘I am running #PRU15’ (saya bertanding PRU-15).

Satu lagi gambar tangkap layar disertakan dengan keterangan undian pilihan antara Parlimen Muar atau Mersing.

Gambar tangkap layar itu kemudian dikongsi beberapa laman komuniti dalam Facebook (FB) dan ada yang memberi reaksi akan bersama menyokong beliau.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Tunku Idris memuat naik Instagram Story berkenaan kerana semakan pada laman Instagram miliknya mendapati tiada sebarang kenyataan seumpama itu dimuat naik.

Namun, gambar Tunku Idris berpakaian rasmi Diraja ada dimuat naik dalam entri beliau hari ini, namun bukan dalam Instagram Story dengan kenyataan ‘I am running #PRU15’ seperti yang tular.

Sehingga kini juga, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Istana Johor yang mengesahkan perkara itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/450125/tunku-idris-bertanding-pru-15

— Harian Metro

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here