Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam pada Sabtu 4 Mei

Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam pada Sabtu 4 Mei

 

Antara isu yang akan dibangkitkan ketika himpunan termasuk ancaman terhadap kedaulatan Islam; Statut Rom; keadilan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim; isu pendidikan; serta cadangan mengugurkan perkataan agama dalam kad pengenalan.

AMPANG – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak rakyat tanpa mengira bangsa dan agama menyertai Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam ibu negara, Sabtu ini (4 Mei 2019).

Pengarah himpunan berkenaan, Kamaruzaman Mohamad berkata, himpunan aman ini diadakan bagi menyatakan hasrat rakyat yang tidak selesa dan tergugat dengan tindakan pelbagai pihak terhadap kedaulatan Islam yang telah dijamin dalam Perlembagaan.

Beliau berkata, antara isu yang akan dibangkitkan ketika himpunan termasuk ancaman terhadap kedaulatan Islam; Statut Rom; keadilan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim; isu pendidikan; serta cadangan mengugurkan perkataan agama dalam kad pengenalan.

“Ini isu yang sangat serius. Jika tidak ditangani dengan berhati-hati, ianya akan memberi kesan jangka panjang yang teruk kepada umat Islam,” katanya ketika sidang media di Pejabat Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), di sini hari ini (29 April 2019).

Sidang media Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) di Pejabat Pertubuhan Muafakat Malaysia (Muafakat), Ampang, Selangor pada 29 April 2019.

Pada masa sama, Timbalan Presiden UMMAH itu memaklumkan, himpunan yang bermula jam 1.45 hingga 4 petang di hadapan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman itu bertemakan pakaian putih seperti himpunan ICERD pada 8 Disember lalu.

“Setakat ini, banyak NGO serta beberapa parti politik termasuk PAS dan Pemuda UMNO menyatakan persetujuan dan komitmen untuk bersama kami dalam himpunan ini.

“Kami juga meminta sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang parti politik mahupun daripada pihak kerajaan yang merasa sensitif terhadap kedaulatan Islam dalam negara kita untuk hadir,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kelulusan permit perhimpunan itu, Kamaruzaman berkata, pihaknya akan berjumpa dengan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi esok (30 April 2019) untuk berbincang.

Beliau menegaskan sekiranya himpunan tanpa permit golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) diberikan kebenaran berkumpul di Dataran Merdeka sebelum ini, maka NGO Islam juga sepatutnya diberikan hak lebih baik daripada mereka bagi menyatakan suara rakyat majoriti yang merasa tertekan dengan isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

https://www.ismaweb.net/2019/04/29/himpunan-pertahan-kedaulatan-islam-405-sabtu-ini-ummah/

— ISMAweb

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.