[PUISI] Bercanda tentang pekak…

[PUISI] Bercanda tentang pekak…

 

Oleh DR AWANG SARIYAN

Yang mengata dan dikata tahu… siapa yang pekak… dan siapa yang tidak pekak… Ada yang tidak pekak tetapi menjadi pekak… kerana mengingkari kalam Allah… Itulah yang pekak hakiki.

“Bercanda tentang pekak”

Ada yang pekak
Ada yang pekak badak
Ada yang tidak pekak
namun rupa-rupanya pekak
Ada yang tidak pekak
dikatakan pekak
Ada yang pekak
dikatakan tidak pekak
Ada yang memekakkan telinga
meskipun ia tidak pekak
kerana takut menjadi pekak
mendengar pertelingkahan orang pekak
Aku pekak?
Engkau pekak?
Dia pekak?
Akhirnya semua tidak pasti siapa yang pekak
Tetapi pasti ada yang pekak
dan pasti ada yang tidak pekak
Yang mengata dan dikata tahu
siapa yang pekak
dan siapa yang tidak pekak
Ada yang tidak pekak tetapi menjadi pekak
kerana mengingkari kalam Allah
Itulah yang pekak hakiki

1.5.2019

https://www.facebook.com/kembara.bahasamelayumahawangsa

— BebasNews.my

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.