[VIDEO] Yakinnya kamu! Guru kongsi kisah murid lari lawan arah, “Memang laju, dia lari all out siap mimik muka bersungguh”

[VIDEO] Yakinnya kamu! Guru kongsi kisah murid lari lawan arah, “Memang laju, dia lari all out siap mimik muka bersungguh”
Gambar atas: Aishah Long berlari lawan arah tular di media sosial dan mencuit hati netizen. -foto ihsan

 

SELAIN mencari jaguh sukan, penganjuran acara sukan tahunan di setiap sekolah sering disajikan dengan pelbagai aksi murid yang menghiburkan.

Terbaharu tular video gelagat seorang murid perempuan menyertai acara larian 4×50 meter yang mencuit hati netizen gara-gara berlari berlawanan arah.

Gelagat spontan Aishah [email protected], murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak itu dirakam sempena kejohanan olahraga sekolah tersebut pada 18 April lalu.

Menurut Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran SK Pos Kuala Mu, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof, Aishah yang juga anak orang asli Temiar sebenarnya tidak terlibat dalam acara 4X50 meter itu.

Ramai tidak tahu Aishah sebenarnya menggantikan rakannya yang tidak sihat untuk menyertai acara larian sukan sekolah . – foto ihsan Megat Asrul.

Megat Asrul berkata anak kedua daripada dua beradik itu menyertai acara sukaneka yang dikhususkan untuk murid tahun satu.

“Nama dia sebenarnya tiada dalam list untuk acara itu. Dia menggantikan tempat kawan dia demam, tak datang sekolah.

“Sebelum tu dia masuk acara sukaneka. Bila acara sukaneka memang lari ulang alik dan tak lama selepas tu bermulalah acara 4x5Dm.

“Kebetulan tahun satu bercampur dengan murid tahun dua. Aishah pula pertama kali sertai sukan sekolah, lepas tu kena menggantikan pula kawan dia, mungkin timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Paparan skrin video tular Aishah berlari lawan arah.

Megat Asrul yang mengajar di sekolah itu selama 19 tahun berkata dia dan rakan setugasnya tidak menduga Aishah akan bertindak sedemikian.

“Kebetulan dia pelari ketiga. Kami semua pun tak sangka dia ambil tindakan macam tu. Tapi kalau anda tengok video tu murid rumah kuning dan rumah biru ada cikgu yang guide.

“Murid rumah merah mungkin cikgu dia terlepas pandang sebab cikgu pun tak ramai… sekolah kecil.

Jadi yang ada di padang cuma dalam sembilan orang cikgu.

“Memang budak tahun satu di sini kurang fasih berbahasa Melayu kerana bahasa utama mereka bahasa Temiar. Jadi cikgu tak boleh biarkan mereka, kalau tak mereka tak faham arahan,” katanya.

Aishah (baju merah) bersama Megat Asrul (dua, kiri) dan enam guru lain sempena sambutan Hari Guru SK Pos Kuala Mu pada Khamis. – foto ihsan Megat Asrul

Megat Asrul berkata meskipun Aishah bersemangat berlari untuk sampai ke garisan penamat,|lariannya terpaksa dibatalkan akibat kesilapan tersebut.

“Salah seorang cikgu kejar dia ingatkan dia boleh patah balik tapi dia terus berlari. Kebetulan cikgu hujung padang hentikan dia.

“Kami selesaikan acara itu dengan melepaskan dua pelari lain sampai habis. Larian untuk rumah dia (Aishah) dibatalkan.

“Wa|aupun kalah dia tetap dapat hadiah sebab kita ada tiga rumah sukan sahaja. Jadi tak timbulmasalah. Rumah dia dapat nombor tiga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi Aishah semasa lariannya dihentikan, Megat Asrul berkata murid Tahun 1 lnspira itu menunjukkan wajah kehairanan.

“Dia macam terpinga-pinga… mungkin pelik larian dia dihentikan. Kawan-kawan dia tak adalah salahkan dia dan cikgu pun faham dia budak tahun satu.

“Mereka tak ada pengalaman. Macam budak tahun dua tak ada masalah sebab mereka pernah sertai acara sama tahun lepas,” katanya yang menyifatkan Aishah sebagai seorang murid yang pendiam dan suka tersenyum.

Dalam pada itu, lelaki berbaju putih yang mengejar Aishah dalam video tular tersebut turut berkongsi kenangan melucukan.

Mohd Rassidee Mohd Rasid, guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Perwor, Sungai Siput, Perak ketika dihubungi mStar berkata dia hadir ke acara sukan tahunan itu atas jemputan sekolah berkenaan.

“Saya sekolah jiran… SK Pos Perwor. Saya hadir sebagai jemputan daripada pihak sekolah SK Pos Kuala Mu

Sayalah yang pakai baju putih kejar murid tu sampai dapat.

“Budak tu memang laju. Dia lari memang all out siap dengan mimik muka yang bersungguh. Saya kejar dia suku padang baru dapat…. naya. Kalau tak salah arah confirm menang.

Mohd Rassidee bersama anak muridnya di SK Pos Perwor. – foto ihsan Mohd Rassidee.

“Bila saya tahan dia, saya terangkan dekat dia apa dia buat tu sa|ah,tapi dia tak tahu pun berlari lawan arah tu perkara salah,” katanya.

Menurut Mohd Rassidee kejadian seperti itu bukan perkara baharu tetapi biasa berlaku di sekolah pedalaman.

“Jadi kami tak hairan sebab dah biasa berlaku sebab masalah komunikasi. Di sini bahasa pengantar utama bahasa Temiar.

“Satu perkara saya nak kongsi, murid pedalaman ini sangat tulen dan lurus. Apa yang mereka buat berlaku secara spontan. Itu yang buai kami terhibur,” katanya.

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/05/02/aishah-lari-lawan-arah
Please follow and like us:
error

One Response to "[VIDEO] Yakinnya kamu! Guru kongsi kisah murid lari lawan arah, “Memang laju, dia lari all out siap mimik muka bersungguh”"

  1. Juara  03/05/2019 at 8:18 pm

    Kalau dia seorang pelari yang baik mengapa tak pilih dari awal lagi. Tidak lah jadi pelari gantian tangkap muat tanpa latihan dan rehearsal.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.