Isteri bekas KPN Musa Hassan meninggal dunia

Isteri bekas KPN Musa Hassan meninggal dunia

 

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya untuk dimandi dan dikafankan sebelum solat jenazah pada jam 8 pagi (3 Mei 2019). Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan meninggal dunia di rumahnya di Jalan Chawan, Seksyen 6/15, Petaling Jaya, malam tadi (2 Mei 2019).

Allahyarham Puan Sri Juriah Ahmad meninggal dunia pada kira-kira jam 10.17 malam.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Seksyen 3, Petaling Jaya untuk dimandi dan dikafankan sebelum solat jenazah pada jam 8 pagi esok (3 Mei 2019).

Jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara pada jam 10.30 pagi.

Allahyarham sebelum ini pernah menjadi Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) ketika Musa memegang jawatan Ketua Polis Negara pada 2006 hingga 2010.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/05/559629/isteri-musa-hassan-meninggal-dunia

— Berita Harian

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.