[VIDEO] Kari Kepala Kambing Resepi Temurun Adat Pepatih

[VIDEO] Kari Kepala Kambing Resepi Temurun Adat Pepatih

KUALA PILAH — Makan kepala kambing mungkin dianggap pelik bagi masyarakat luar tetapi ia adalah kebiasaan mengikut Adat Perpatih di negeri ini.

Bagi memastikan adat itu tidak pupus ditelan zaman, Luak Gunung Pasir menganjurkan program Olek Luak Gunung Pasir Masakan Tradisi Kepala Kambing di Kampung Sikai, Seri Menanti di sini, Sabtu lalu.

Penghulu Luak Gunung Pasir Hanizam Harun berkata, 20 kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan agensi kerajaan menyertainya untuk menimba pengalaman.

Katanya, program bertujuan memastikan tradisi itu dapat diperturunkan kepada generasi muda dan tidak dilupakan.

“Program berteraskan Adat Perpatih membuka peluang untuk peserta menimba pengalaman memasak kepala kambing. Mereka didedahkan dengan keistimewaan masakan tradisi kami,” katanya.

Program disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri Mohamad Nazaruddin Sabtu.

Menurut Hanizam, peserta juga diajar kaedah penyediaan bahan dan cara memasak dengan betul bagi memastikan kepala kambing lebih enak.

“Melalui program ini, kami mahu mempromosikan masakan itu di peringkat lebih jauh,” katanya.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.