Legenda bola sepak Selangor meninggal dunia

Legenda bola sepak Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM — Legenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan menerusi akaun Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan pagi ini dan solat jenazah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada pukul 9.30 pagi sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Anuar yang aktif sekitar tahun 90-an pernah membantu pasukan Red Giants menjadi Juara Piala Liga Premier dan Juara Piala Malaysia selain pernah menyarung jersi pasukan Johor, Pulau Pinang serta Kelantan.

Allahyarham juga pernah menyarung jersi kebangsaan antara 1993 hingga 1997 dan beraksi di posisi tengah dan penyerang.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/07/legenda-bola-sepak-selangor-meninggal-dunia/

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published.