Futsal sahur UiTM malam ini mendapat sambutan hangat!

Futsal sahur UiTM malam ini mendapat sambutan hangat!

SEBANYAK 30 pasukan futsal akan berentap dalam kejohanan julung-julung kali diadakan semasa waktu sahur dari jam 10 malam hingga 5 pagi.

UiTM Futsal Sahur Liga Ramadhan 2019 itu dianjurkan oleh pelajar Pengurusan Sukan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) universiti itu.

Ia juga diadakan sempena karnival keusahawanan.

Karnival keusahawanan dan sukan itu bermula malam ini (10 Mei) hingga awal pagi esok (11 Mei) di Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

Futsal Sahur itu menyumbang hadiah RM1,000 untuk johan, RM700 naib johan dan tempat ketiga RM500.

Para pengunjung juga boleh menjamu selera di gerai-gerai makanan dan minuman, membeli barangan sukan. Perkhidmatan urut sukan (sports massage) juga disediakan.

 

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.