Benarkah Islam dibuli di bawah Pakatan Islam?

Benarkah Islam dibuli di bawah Pakatan Islam?

 

Oleh DR AHMAD SANUSI AZMI

Apabila ditanya mengapa isu-isu sensitif ini semakin menjadi-jadi mutakhir ini? Wanji mengakui bahawa salah satu puncanya adalah kerana kelemahan kerajaan yang baru itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, Wanji sendiri mengakui kelemahan kerajaan menjadikan Islam itu kelihatan dibuli.

1. Tahniah kepada Presiden ISMA Hj Aminuddin Yahaya kerana berjaya membawa isu Islam dibuli ini dengan tenang dan baik. Beberapa fakta yang diketengahkan oleh Hj Amin berkenaan Islam dibuli telah gagal dinafikan oleh Wan Ji Wan Hussin. Ini termasuklah isu ICERD, LGBT dan pengajaran Islam di sekolah dianggap sebagai melahirkan extremisme.

2. Pada hakikatnya, isu Islam dibuli ini dibangkitkan oleh Mufti Perlis sendiri apabila melihat beberapa insiden yang berlaku menunjukkan Islam dan kaum Muslimin kelihatan ditekan. Pertembungan di antara pihak penyokong Kuil dan Bomba yang mengakibatkan kematian Saudara Adib yang sehingga kini masih belum selesai, isu Rasulullah dihina malah isu tekanan terhadap Dr Zakir Naik telah menjadi kebimbangan umat Islam.

Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/25885/BERITA/Nasional/Realiti-politik-membiarkan-umat-Islam-dibuli-Mufti-Perlis

3. Isu ini semakin panas apabila The Malaysian Insight melaporkan bahawa: “Mufti Perlis menyalahkan DAP atas kenyataan yang didakwa menimbulkan kebencian antatra kaum dan meyebabkan Pakatan Harapan (PH) dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam.”

4. Kenyataan oleh Mufti Perlis ini ada asasnya. Beberapa kenyataan dan pendirian pemimpin DAP dilihat menjadi sebab kepada kebimbangan orang melayu terhadap kedudukan Islam di Malaysia. Antaranya:

5. Ketika Rasulullah dihina dan penghina tersebut menerima hukuman, Lim Kit Siang tampil mempersoalkan hukuman terhadap lelaki yang menghina Rasulullah tersebut. Kata Kit Siang, hukuman tersebut keterlaluan. Isu penghinaan terhadap Rasulullah adalah perkara yang sangat sensitive buat umat Islam.

Lihat: https://www.projekmm.com/news/berita/2019/03/10/tidak-patut-penjara-10-tahun-hina-nabi-kata-kit-siang/1731090

6. YB Nga Kor Ming pula menyifatkan kerjasama kesatuan umat Islam sebagai tindakan menuju ke arah kerajaan Taliban. Kenyataan beliau dalam twitter berhubung isu ini dilihat mengguris hati apabila turut menyifatkan dasar penutupan wayang di Kelantan yang dimulakan oleh TG Nik Abdul Aziz sebagai langkah mundur malah menyifatkan sebagai Taliban.

Lihat: https://www.malaysia-today.net/2019/03/09/pas-bekerjasama-dengan-umno-adalah-taliban-kata-nga-kor-ming/

7. YB Batu Kawan dalam satu coretan di dalam Facebook memerli Kelantan dengan menyatakan seolah hiburan bagi orang Kelantan adalah kanak-kanak wanita. Ini seakan memerli isu perkahwinan kanak-kanak yang berlaku di Kelantan. Malah YB yang sama dalam satu ucapan di Parlimen seakan mempertahankan hak menukar agama yang dilihat oleh Muslim seakan hak kebebasan untuk murtad. Isu murtad adalah isu sensitive buat umat Islam.

Lihat: https://www.ismaweb.net/2018/10/19/ahli-parlimen-batu-kawan-nafi-sokong-orang-islam-murtad/
Lihat: http://www.utusan.com.my/berita/politik/apa-motif-kasthuri-patto-1.798559

8. Tindakan YB Hannah Yeoh yang memberikan sumbangan kepada Sisters in Islam dilihat menjadi isu sensitifi dikalangan Muslim. Ini kerana, Sisters in Islam telah diwartakan sesat dan menyeleweng oleh Majlis Agama Islam Selangor. Tindakan Hannah itu dilihat seakan memberikan sokong terhadap kumpulan yang telah diisytiharkan sebagai mengamalkan pemikiran liberal yang bercanggah dengan fatwa yang dikeluarkan oleh MAIS.

Lihat: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/03/10/hannah-yeoh-pertahan-sumbangan-kepada-sisters-in-islam/

9. Malah, bagi kes-kes terdahulu, telah banyak disenaraikan beberapa pendirian DAP yang dilhat bercanggah dengan Islam. Tindakan mereka ini memberikan kebimbangan terhadap umat Islam berhubung isu-isu sensitif yang melibatkan kedudukan Islam.

Lihat: https://www.malaysia-today.net/2019/01/24/pemuda-pas-senarai-15-hujah-dap-anti-islam/

10. Dalam rancangan analisis malam tadi juga, ada satu moment yang menarik perhatian saya. Apabila Wanji dipanggil sebagai Ulama DAP, meloncat terus dia. Sedangkan selama ini dia sangat yakin dengan demokrasi yang dikatakan boleh menjalankan Islam. Apabila dikaitkan dengan parti demokrasi (Democratic Action Party), melompat Wanji menafikan. Rupa-rupanya dia sendiri malu dikaitkan dengan DAP yang banyak menggugat Islam.

11. Malah apabila ditanya pengacara tentang mengapa isu-isu sensitif ini semakin menjadi-jadi mutakhir ini? Wanji turut mengakui bahawa salah satu puncanya adalah kerana kelemahan kerajaan yang baru itu sendiri. Jadi jelaslah di sini, Wanji sendiri mengakui kelemahan kerajaan menjadikan Islam itu kelihatan dibuli.

Semoga Allah membimbing kita semua.

https://www.facebook.com/DrAhmadSanusi/posts/868775590126235

Dr Ahmad Sanusi Azmi ialah pensyarah kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM dan Felo Pelawat Oxford Centre for Islamic Studies

PENAFIAN : Tulisan ini merupakan pendapat penulis dan tidak mencerminkan pandangan serta pendirian BebasNews.my

— BebasNews.my

Please follow and like us:

One Response to "Benarkah Islam dibuli di bawah Pakatan Islam?"

  1. TokBoy  13/05/2019 at 9:42 am

    Yang terasa terancam ialah perasuah2 & pencuri2 yang telah menyelweng duit rakyat dan bakal menerima tindakan sewajarnya daripada pihak yang berkuasa. Yang terasa dibuli ialah orang2 politik yang dulunya bersenang-senang dengan salahguna kuasa yang kini hilang kuasa dan tak bolih berbuat apa-apa. ;- TokBoy

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.